MALAYSIA VS SRI LANKA 28 APRIL 2012 - PELUANG PERBAIKI RANKING FIFA

Posted by Benjy Bloggerman Jumaat, 13 April 2012 0 comments
Perlawanan persahabatan antarabangsa berstatus 'A' Malaysia vs Sri Lanka pada 28 April 2012 merupakan peluang untuk memperbaiki ranking FIFA. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat Harimau Malaya. Mungkin ramai yang menyuarakan kebimbangan apabila ranking bolasepak Malaysia jatuh ke kedudukan 156 dunia apabila diumumkan oleh FIFA pada 11 April 2012. Benjy pun agak hairan juga mengapa prestasi Malaysia jatuh menjunam selepas memenangi Piala AFF 2010. Ada sesetengah pihak berkata ranking FIFA tu sekadar ranking sahaja kerana penilian kekuatan Malaysia sebenar hanya diukur apabila turun mempertahankan gelaran Jaguh Asia Tenggara pada Piala AFF 2012 Disember ini. Bila dilihat, ada kebenaran juga kenyataan tersebut tetapi, kita kena sedar bahawa kedudukan ranking FIFA ia sebenarnya mempengaruhi mutu permainan bolasepak Malaysia bagi jangka masa yang panjang. Mungkin masih ramai ingat kenapa Safee Sali tidak dapat bermain di Cardiff City dan kita mengetahui bahawa ranking FIFA itu mempengaruhi kelulusan Visa beliau.


Sumber : Google Search

Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, apa yang berlaku sudah berlaku apa yang penting cabaran dihadapan yang menunggu. Sehubungan itu Benjy menyifatkan pertemuan Malaysia vs Sri Lanka pada 28 April 2012 adalah peluang keemasan Malaysia untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA. Benjy merasakan Malaysia tidak mempunyai masalah untuk menewaskan pasukan Sri Lanka kerana bermain di gelanggang sendiri. Selain itu ranking FIFA Malaysia juga agak baik berbanding Sri Lanka yang kini berada di kedudukan 181 FIFA. Sebelum itu mari kita lihat 4 perlawanan kebelakang Malaysia yang berstatus 'A' FIFA.

7.10.2011 - Australia 5 vs 0 Malaysia
13.11.2011 - India 1 vs 1 Malaysia
16.11.2012 - India 3 vs 2 Malaysia 
29.02.2012 - Filipina 1 vs 1 Malaysia

Analisis 4 perlawanan kebelakang menyaksikan Malaysia seri 2 kali dan kalah 2 kali. Mungkin tidak adil untuk menilai perlawanan ini kerana keupayaan semasa tidak mungkin tidak sama dengan penilaian 2 bulan yang lepas.

Pertemuan Malaysia vs Sri Lanka pada 28 April 2012 ini Malaysia perlulah mencatatkan kemenangan untuk menambah mata dan seterusnya melonjakkan sedikit kedudukan FIFA. Berikut adalah analisis kedudukan Harimau Malaya melibatkan keputusan berikut ;

1) Jika Malaysia kalah perlawanan ini, mata akan menurun daripada 148 ke 141 iaitu menghuni kedudukan ke 159 FIFA.

2) Jika Malaysia seri pula, mata akan menurun daripada 148 ke 145 iaitu menghuni kedudukan ke 159 atau 158 FIFA.

3) Jika Malaysia menang, ia akan menambah mata daripada 148 ke 153 iaitu menghuni kedudukan ke 153 FIFA.

Apa yang pasti Malaysia perlu menang perlawanan ini dan keputusan seri atau kalah hanya akan merugikan Harimau Malaya. Namun apa yang lebih merugikan ialah, nama pemain-pemain Malaysia serta Liga Malaysia akan dipandang rendah oleh FIFA dan AFC. Ranking yang rendah ini juga menyebabkan pasukan Liga Malaysia hanya layak bertanding dalam Piala AFC sahaja dan bukannya kejohanan kelas 1 AFC Champion League. "Adakah Harimau Malaya seperti perumpamaan kuharap cerah sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari ? " kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza. 

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: MALAYSIA VS SRI LANKA 28 APRIL 2012 - PELUANG PERBAIKI RANKING FIFA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/malaysia-vs-sri-langka-28-april-2012.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.