LELAKI KACAK SEMAKIN RAMAI DI MALAYSIA, BETUL KE ?
Isnin, 16 April 2012
1
comments
4 Lelaki Kacak Berpengaruh Dalam Sebulan Dua Ini.
Lelaki Kacak pertama yang berpengaruh siapa lagi kalau bukan Aaron Aziz. Pelakon ini telah memenangi gelaran Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 edisi ke-25. Kemenangan beliau juga mencetuskan kontrovosi di kalangan artis-artis Malaysia. Ada yang kata beliau ni tak patut menang, ada pula kata memang patutpun dia menang. Kalau korang tanya Benjy, Benjy akan kata sepatutnya Michelle Yeoh yang menang .. hahahaha. Apa-apa pun tahniah kepada Aaron Aziz kerana berjaya mempengaruhi peminat-peminat filem Malaysia terutamanya wanita-wanita jelita.
Lelaki kacak ke-2 yang betul-betul berpengaruh siapa lagi kalau bukan Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI). Mana tak kacaknya, kenyataan beliau yang menuntut untuk memansuhkan Pinjaman PTPTN dan menagih pendidikan peringkat tinggi adalah percuma. Mungkin DSAI sudah membuat kajian mendalam sebelum mengeluarkan kenyataan yang berani ini. Walaupun begitu Benjy berpendapat tidak semua rakyat Malaysia sependapat dengan DSAI kerana mereka berpendapat dengan memberi pendidikan percuma di peringkat tinggi akan wujud implikasi lain ke atas ekonomi Malaysia. Bagi Benjy biarlah DSAI membela nasib rakyat Malaysia yang lain bukan sahaja golongan mahasiswa barulah adil. Benjy masih ada hutang pinjaman perumahan mungkin DSAI boleh tolong satelkan, setidak-tidaknya dapat potongan 50% pun jadilah...hehehe
Lelaki Kacak Tidak Dikenali
Lelaki kacak yang ke-3 ini Benjy tidak kenal. Mungkin ada tuan-tuan dan puan-puan kenal rasanya kot. Benjy rasa lelaki ini juga berpengaruh di Malaysia. Berdasarkan gambar ini, Benjy menyifatkan aksinya yang berpegangan tangan antara satu sama lain merupakan aksi 'stunt' yang sukar dibuat oleh orang lain. Benjy rasa juga kalau ada pengarah-pengarah filem di Hollywood melihat aksi 'stunt' nya ini pasti mereka menawarkannya untuk berlakon filem Transformer 4 kelak, ini bukan cerita lawak ni, ini serius ni. Sebab apa Benjy berkata demikian kerana, Benjy sendiri pun tidak berani melakukan aksi 'stunt' seperti yang mereka tunjukkan dalam gambar ini. Benjy hormat spring kepada mereka, mereka ini memang LELAKI KACAK.
Ini ada lagi seorang lelaki kacak kira yang ke-4 lah namun Benjy tak kenal juga dia ni. Sebelum gambar ini diambil, berlaku hujan renyai-renyai dan tidak hairanlah lelaki-lelaki kacak ini tumbuh bak cendawan selepas hujan itu. Yang seorang ni memang betul-betul kacak sebab berjaya memasang khemah dalam tempoh yang singkat, kalau tak silap 45 saat je dia memasang khemah berwarna biru tu. Pendapat peribadi Benjy mengatakan mungkin, mungkin dia dahulu pemenang pingat emas acara memasang khemah paling pantas di Malaysia. Wow ! hebat dia ni kan, Benjy hormat spring kat dia sebab berjaya memasang khemah tanpa mengalami kecederaan. Kalau Benjy tak silap dia juga ada memegang poster yang mempunyai perkataan 'ALONG' .. emmm. Siapakah 'ALONG' yang dimaksudkan tu yer ?
Akhir kata Benjy mengucapkan syabas kepada blogger-blogger yang menyertai Cabaran SEO Lelaki Kacak yang dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net, LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com, Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.
Semua Sumber Gambar : Google Search

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: LELAKI KACAK SEMAKIN RAMAI DI MALAYSIA, BETUL KE ?
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/lelaki-kacak-semakin-ramai-di-malaysia.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5