LEE CHONG WEI MARA KE SEPARUH AKHIR SUPER SERIES BADMINTON TERBUKA INDIA 2012
Jumaat, 27 April 2012
0
comments
Seperti yang diramal Datuk Lee Chong Wei mudah mara ke Separuh Akhir kejohanan Super Series Badminton Terbuka India 2012. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat sukan badminton tanah air sekalian. Selepas dipaksa ke saingan rubber set dalam pusingan kedua ketika menentang pemain nombor 1 India Ajay Jayaram, nampaknya Datuk Lee Chong Wei tidak menghadapi masalah besar menumpaskan pemain Indonesia, Taufik Hidayat street set 21-16, 21-13 di Suku Akhir. Menanti Datuk Lee Chong Wei di Separuh Akhir sama ada Jen Hao Hsu daripada Chines Taipei ataupun pemain Denmark Hans-Kristian Vittinghus. Mengiringi Datuk Lee Chong Wei ke Separuh Akhir adalah pemain bergu muda lelaki Malaysia Goh V Shem dan Lim Khim Wah yang berjaya menumpaskan bergu daripada Russia 21-17, 16-21, 21-10 di Suku Akhir. Menanti mereka di Separuh Akhir ialah pilihan kedua kejohanan daripada Korea, Sung Hyun Ko dan Yeon Seong Yoo.
Sumber Logo : Google Search
Dalam kejohanan Super Series Badminton Terbuka India 2012 ini, keputusan yang mengecewakan Benjy ialah bergu lelaki nombor 1 Malaysia Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong yang tewas kepada bergu muda daripada Indonesia Anggan Pratama dan Ryan Agung Saputra 21-18, 15-21, 21-19 di peringkat Suku Akhir. Ia mengulangi episod kekalahan mereka semasa Axiata Cup bulan lepas. Diharapkan bergu lelaki nombor 1 Malaysia ini akan lebih fokus menjelang kejohanan Piala Thomas 2012 nanti. Berikut adalah statistik pertemuan Datuk Lee Chong Wei ke atas Taufik Hidayat yang hanya mengambil masa 35 minit sahaja.
Sumber : Bwf Tournamentsofeware
Ini pula adalah statistik bergu muda lelaki Malaysia Lim Khim Wah dan Goh V Shem ketika menumpaskan bergu daripada Russia dalam masa 39 minit.
Sumber : Bwf Tournamentsofeware
Jika kejohanan Super Series Badminton Terbuka India 2012 ini dilihat sebagai kekuatan Skuad Badminton Malaysia bagi menghadapi Piala Thomas 2012, nampaknya harapan Malaysia untuk mara ke Separuh Akhir agak sukar kerana bergu nombor 1 negara, Mohammad Hafiz dan Daren Liew kurang konsisten kebelakangan ini. "Masa yang semakin suntuk bukan ibarat emas lagi bagi Skuad Badminton Malaysia" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: LEE CHONG WEI MARA KE SEPARUH AKHIR SUPER SERIES BADMINTON TERBUKA INDIA 2012
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/lee-chong-wei-mara-ke-separuh-akhir.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5