KEPUTUSAN MALAYSIA VS SRI LANKA 28 APRIL 2012 - PERSAHABATAN ANTARABANGSA

Posted by Benjy Bloggerman Sabtu, 28 April 2012 0 comments
Keputusan Malaysia vs Sri Lanka pada 28 April 2012 menyaksikan Harimau Malaya mengamuk dengan membelasah pasukan kerdil 6 - 0. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat Harimau Malaya sekalian. 2 gol terhasil dalam babak pertama dan 4 gol dalam babak ke dua sememangnya layak Harimau Malaya menang besar kepada pasukan 'celah gigi' seperti Sri Lanka. Benjy merasakan masih ada peminat yang belum berpuas hati dengan kemenangan ini kerana Malaysia hanya ditentang oleh pasukan yang berstatus kelas bawahan. Walau apa pun ia ada sedikit bagusnya berbanding dengan kesudahan seri. Senarai penjaring adalah seperti berikut.


Ulasan Separuh Masa Pertama Malaysia vs Sri Lanka 28 April 2012

Secara keseluruhan separuh masa pertama permainan dikuasai oleh Harimau Malaya. Walaubagaimana pun di awal permainan bola banyak dikuasai oleh pasukan Sri Lanka. Seperti ulasan Benjy yang lepas, taktikal dan corak serangan Malaysia agak tumpul. Pemain tengah Malaysia banyak membuat hantaran tinggi ke kotak penalti menyebabkan pertahanan lawan mudah menangkis serangan tersebut. Ini dikuatkan lagi dengan cara Wan Zack Haikal menjaringkan gol, kedua-dua jaringannya adalah melalui hantaran 'through pass' yang cukup berkesan membolehkan Wan Zack memecut dan memintas lawan sebelum menjaringkan gol pada minit ke 25 dan ke 26. Keputusan juga memihak 3 - 0 kepada Malaysia tetapi jaringan Safee Sali pada minit ke 29 dibatalkan kerana 'off side' juga melalui cara 'through pass'. Dua 'assist gol' yang dilakukan oleh Shafiq Rahim cukup cantik termasuk hantarannya mengelirukan seperti teknik hantaran pemain tengah Italy Andrea Prilo menyebabkan pertahanan Sri Lanka terpaku dan membolehkan Wan Zack menghasilkan gol ke dua Harimau Malaya. Bagi Benjy separuh masa pertama Wan Zack dan Safiq Rahim perlu diberi pujian.

Ulasan Separuh Masa Kedua Malaysia vs Sri Lanka 28 April 2012


Tidak banyak yang boleh diulas bagi separuh masa kedua, namun apa yang jelas 4 gol yang terhasil selepas Datuk K. Rajagobal memasukkan pemain gantian yang juga pemain-pemain muda mengemudi barisan serangan. Ahmad Azwan Bakri yang dimasukkan menggantikan Safee Sali pada minit ke 70 tidak menunggu lama apabila menghasilkan gol dua minit selepas itu. Diikuti jaringan keduanya selang sepuluh minit membuktikan dia juga sehebat Wan Zack Haikal. Melihat pertahanan Sri Lanka yang mula penat dan sering melakukan kesilapan Harimau Malaya mengatur serangan dengan lebih banyak sehingga menghasilkan gol ke lima melalui sepakan mudah pemain gantian Asamuddin Akhil pada minit ke 85. Walaupun Sri Lanka ketinggalan 0 - 5 namun sesekali gerakan 'counter attack' mereka juga merbahaya cuma tidak dapat diterjemahkan kepada jaringan gol. Ketika permainan hanya menunggu tiupan wisel pengadil Ahmad Azwan Bakri sekali lagi mencuri tumpuan dengan menanduk gol keenam Malaysia dan juga jaringan 'hat trick' peribadinya pada minit ke 90. Dari segi taktikal Benjy masih melihat corak permainan Malaysia kurang baik terutamanya apabila melakukan serangan. BENJY SEDIH KERANA DATUK K. RAJAGOBAL TIDAK MENERAPKAN GERAKAN 1-2 PASSING UNTUK MEMECAHKAN BENTENG PERTAHANAN LAWAN SEDANGKAN GERAKAN ITU ADALAH GERAKAN YANG PALING BAHAYA DALAM PERMAINAN BOLASEPAK. Namun Benjy berpuas hati dengan pertahanan yang ada sekarang ini kerana mereka cukup kental untuk ditembusi.

Kedudukan Ranking FIFA selepas kemenangan Malaysia vs Sri Lanka 28 April 2012


Walaupun FIFA akan 'update' ranking FIFA pada 11 Mei 2012, tetapi secara kiraan kasar, mata yang diperolehi oleh Harimau Malaya ialah, ranking Malaysia akan naik 3 tangga daripada kedudukan 156 ke kedudukan 153 namun kedudukan itu tetap meletakkan Malaysia pasukan No. 5 di Asia Tenggara di belakang Vietnam, Thailand, Filipina dan Indonesia. "Perlawan ini ibarat tiada rotan akar pun berguna" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.



TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEPUTUSAN MALAYSIA VS SRI LANKA 28 APRIL 2012 - PERSAHABATAN ANTARABANGSA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/keputusan-malaysia-vs-sri-lanka-28.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.