KEJOHANAN SUPER SERIES BADMINTON TERBUKA INDIA 2012 - SENARAI SKUAD BADMINTON MALAYSIA
Selasa, 24 April 2012
0
comments
Sumber Logo : Google Search
Senarai skuad badminton Malaysia yang disenaraikan untuk kejohanan Super Series Badminton Terbuka India 2012 ini ialah :
Perseorangan Lelaki
1. Datuk Lee Chong Wei - Pilihan Pertama Kejohanan
2. Muhammad Hafiz Hashim
3. Daren Liew
4. Chong Wei Feng
Bergu Lelaki
1. Koo Kien Keat & Tan Boon Heong - Pilihan ke-6 Kejohanan
2. Lim Khim Wah & Goh V Shem
Perseorangan Wanita
1. Tee Jing Yi
2. Lydia Cheah Li Ya
Bergu Wanita
1. Chin Eei Hui & Wong Pei Tty
2. Vivian Hoo Kah Mun & Woon Khe Wei
3. Goh Liu Ying & Lim Yin Loo
Bergu Campuran
1. Chan Peng Soon & Goh Liu Ying - Pilihan ke-4 Kejohanan
2. Ong Jian Guo & Lim Yin Loo
Jika di kira kedudukan ranking BWF dijangka Datuk Lee Chong Wei akan mudah mara ke final dan seterusnya menjuarai kejohanan ini. Jangkaan ini dikuatkan lagi dengan ketiadaan pemcabar terdekat 'Super Dan'. Benjy menjangkakan penghalang Datuk Lee Chong Wei di Suku Akhir adalah Taufik Hidayat dan di Separuh Akhir samaada Sho Sasaki daripada Jepun atau pun Simon Santoso daripada Indonesia. Benjy amat pasti Datuk Lee Chong Wei akan bertemua samaada Chen Jin ataupun Peter Hoeg Gade di Final nanti. Selain itu Benjy juga mengharapkan bergu campuran Chan Peng Soon & Goh Liu Ying akan mara sekurang-kurangnya ke peringkat Separuh Akhir.
Bagi barisan skuad badminton Malaysia yang akan bertarung di Piala Thomas 2012 iaitu Muhammad Haffiz Hashim, Daren Liew bagi perseorangan dan bergu lelaki Koo Kien Keat & Tan Boon Heong dan Lim Khim Wah & Goh V Shem, diharapkan kejohanan Super Series Badminton Terbuka India 2012 ini adalah medan terbaik mereka untuk mengukur sejauh mana kekuatan skuad badminton Malaysia menghadapi Kejohanan Piala Thomas 2012 serta dapat mengutip mata untuk memperbaiki ranking BWF mereka. "Apa-apa pun semua jangkaan ini masih awal lagi kerana kejayaan hanya ditentukan dengan prestasi semasa dalam satu-satu kejohanan tersebut" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEJOHANAN SUPER SERIES BADMINTON TERBUKA INDIA 2012 - SENARAI SKUAD BADMINTON MALAYSIA
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/kejohanan-super-series-badminton.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5