JANDA MEMANG PANDAI MENJAGA BADAN

Posted by Benjy Bloggerman Jumaat, 6 April 2012 0 comments
Ada orang kata, wanita berstatus janda memang pandai menjaga badan, betul ke ? Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Ramai lelaki yang perasan kacak dan yang memang tak kacak kalau buka cerita pasal wanita berstatus janda, fuhh ! ... macam-macam cerita yang keluar. Ada yang cerita pasal .. dot .. dot .. dot .. lah, cerita pasal pandai berniagalah, tidak kurang juga yang pandai berhias, namun satu topik yang menarik Benjy menulis entry ini ialah, wanita janda memang pandai menjaga badan. Sebelum Benjy pergi lebih jauh lagi, Benjy suka mengingatkan bahawa entry ini bukan cerita untuk mengdiskriminasikan wanita berstatus janda tetapi sebagai pandangan peribadi Benjy sahaja.

Sekadar Gambar Hiasan
Sumber : Google Search

Ada banyak kemungkinan mengapa seorang janda itu pandai menjaga badan. Namun bagi masyarakat Malaysia, terutamanya jantan-jantan yang perasan kacak melabelkan golongan ini simbol seks bila mereka menjaga badan. Bagi Benjy ini merupakan tangapan negatif dan menjatuhkan maruah wanita-wanita yang lemah ini. Benjy masih ingat lagi semasa Benjy membantu ibu Benjy menjaga kedai runcit kampung, pada masa tu ada seorang pelanggan kira dah pangkat-pangkat Mak Cik mengupat jiran sebelah rumahnya yang berstatus janda depan Benjy dengan mengatakan "Mak Cik tak tahulah apa kerja si 'A' tu ... dahlah janda body 'bergetah' pula tu .... balik kerja jam 8 - 9 malam ... ehheeehheee jual badan kottt .." Benjy hanya senyum je.
Bagi Benjy itulah kelemahan masyarakat Malaysia, selalu memandang serong kepada wanita janda lebih-lebih lagi jika pandai menjaga badan. Pada pendapat Benjy mereka ni menjaga badan bukanlah tujuan utama untuk memikat lelaki. Memang sifat wanita yang sukakan kecantikan dan perhiasan badan. Jika yang ada anak merekalah yang menjadi ketua rumah dan terpaksa bekerja keras menyara keluarga tanpa bantuan suami, jadi apa salah mereka menjaga badan dan menghias diri, betul tak ? Jika ada yang sudi mengahwini mereka ia sudah cukup bagus, sekurang-kurangnnya ada juga tempat mereka mengadu dan rasa dilindungi. Bukankah lelaki wajib melindungi wanita-wanita yang lemah, jangan pula mengambil kesempatan.

Benjy juga berpendapat ada baik juga wanita janda ni menjaga badan mereka lebih-lebih lagi yang sudah agak berumur. Sekurang-kurangnya dengan menjaga badan mereka dapat mengekalkan kesihatan diri. Nanti jika mereka sakit kerana tidak pandai menjaga badan, siapa yang menjaga anak-anak mereka pula, siapa yang bekerja untuk menyara keluarga, bukankah keadaan itu lebih menyukarkan kehidupan mereka sekeluarga. OK sebelum tu Benjy ada pantun untuk wanita-wanita janda;

Rozita Che Wan janda bergetah,
Pandai pula menghias diri,
Wanita janda ramai bergetah,
Pandai juga menjaga diri.

Benjy mengharapkan agar entry ini dapat menyedarkan kita tentang tangapan kepada wanita berstatus janda. Mereka juga manusia seperti kita, perlukan kasih sayang, dihargai dan juga mempunyai maruah harga diri. "Kadang-kadang bila pandang, wanita janda ni lebih bergetah dan menawan berbanding wanita  yang masih dara" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: JANDA MEMANG PANDAI MENJAGA BADAN
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/janda-memang-pandai-menjaga-badan.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.