ISU MANSUHKAN PTPTN - ANWAR IBRAHIM MEMANG BERANI TETAPI TAK CUKUP HEBAT

Posted by Benjy Bloggerman Sabtu, 14 April 2012 0 comments
Isu mansuhkan PTPTN yang disuarakan ketua pembangkang Anwar Ibrahim memang berani tetapi DSAI belum cukup hebat lagi bagi pendapat Benjy. Salam sahabat kepada blogger, sahabat-sahabat, pembaca, penyokong BN dan juga penyokong PR. Benjy terbaca beberapa blog yang mengutarakan isu PTPTN ini menarik perhatian Benjy. Dua hari yang lepas Benjy ada bercerita dengan rakan-rakan sekerja Benjy tentang isu politik dan salah satunya isu untuk memansuhkan PTPTN. Rata-rata rakan sekerja Benjy yang pro kerajaan dan anti kerajaan tidak bersetuju dengan pemansuhan ini dan mereka mangatakan ia tidak realistik dan tidak logik. Bila melihat video di Youtube tentang perarakan 300 mahasiswa yang membuat demonstrasi rasanya macam lawak pula ... hahahaha bukan lawak pasal apa tetapi apa sebenarnya perjuangan yang ingin mereka bawakan macam tidak jelas.

Sumber Gambar : Google Search


Bagi yang belum melihat video demonstrasi mansuhkan PTPTN tersebut, ada boleh menontonnya di bawah ini.


Benjy amat memuji Anwar Ibrahim atau singkatan glamournya DSAI kerana menyuarakan idea mansuhkan PTPTN tetapi ia belum cukup hebat bagi pendapat Benjy. Benjy berpendapat demikian kerana DSAI hanya membela golongan mahasiswa sahaja bukan keseluruhan rakyat Malaysia, tak adillah macam ni broo ... Sehubungan dengan itu Benjy ingin mengajar sifu DSAI untuk menjadi lebih hebat agar pihak BN respect dan hormat spring kat DSAI tu. Untuk maklumat semua ini adalah consultant percuma daripada Benjy. Semoga DSAI dapat menerimanya agar makin terserlah hebat dan kekacakan DSAI tu.

Untuk menyerlahkan lagi kehebatan Anwar Ibrahim, beliau hendaklah :

1. Meneruskan isu mansuhkan PTPTN agar nasib mahasiswa terbela.

2. Menyuarakan idea untuk memansuhkan semua hutang pinjaman perumahan rakyat Malaysia jika PR menang dalam pilihan raya ke-13 ini.

3. Memberi jaminan agar semua hutang kad kredit rakyat Malaysia dihapuskan jika PR memerintah dan ia mengurangkan stress rakyat Malaysia secara tidak langsung ia mewujudkan rakyat yang sihat mindanya.

4. Memastikan semua pinjaman kenderaan dan motorsikal rakyat Malaysia di mansuhkan jika PR memang dalam PRU 13 nanti. Dengan cara ini kerajan PR secara tidak langsung memberikan kemudahan pengangkutan percuma.

5. Apa yang paling penting adalah keselamatan rakyat Malaysia. Oleh itu PR bersetuju membayar semua hutang-hutang rakyat Malaysia dengan 'Along' agar peminjam 'Along' rasa selamat dan tidak diburu oleh kuncu-kuncu 'Along'

Benjy berharap Anwar Ibrahim dapat meneruskan hasratnya untuk mansuhkan PTPTN serta 4 lagi cadangan yang Benjy berikan di atas. Benjy percaya dengan cadangan-cadangan ini rakyat seluruh Malaysia akan menyokong PR pada PRU ke-13 ini percayalah. Jika ada pemimpin BN yang ingin mendapatkan consultant percuma daripada Benjy untuk counter balik keberanian DSAI ini tak ada masalah, emailkanlah kepada Benjy ... hehehehe. "Walau apa pun terjadi Benjy tetap pengundi di atas pagar" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
  


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: ISU MANSUHKAN PTPTN - ANWAR IBRAHIM MEMANG BERANI TETAPI TAK CUKUP HEBAT
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/isu-mansuhkan-ptptn-anwar-ibrahim.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.