GADIS MELAYU MENAWAN DAN BERGETAH

Posted by Benjy Bloggerman Khamis, 5 April 2012 0 comments
'First time' Benjy jumpa gadis melayu yang menawan dan bergetah. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Mungkin ramai dah tahu Benjy berasal daripada Sabah, negeri bi bawah bayu katakan. Semasa tamat tingkatan 5, Benjy tak der terfikir pun nak 'melepak' kat Semenanjung Malaysia ni kerana pada masa tu tidak ada haluan dan pendirian diri.
Photobucket
Benjy diibaratkan seperti berada ditengah lautan hanya mengikut ombak je kekira dan kekanan. Ketika terdampar di padang yang luas, Benjy seperti lalang ditiup angin ke kiri dan ke kanan. Semangat untuk sambung belajar ditahap ne- 25% otak di bawah tahap beku betul masa tu. Satu hari . . . . . . (la Benjy cerita apa pula ni ...)

Sekadar Gambar Hiasan
Sumber : Google Search

Pada Benjy semua gadis-gadis tak kira apa bangsa dan ugama mempunyai daya tarikannya sendiri. Ada yang putih melepak, ada yang hitam manis dan macam-macam lagi. Namun Benjy 'first time' jumpa gadis melayu yang menawan lagi bergetah pada tahun 1995 ketika menjejak kaki ke Semenanjung Malaysia. Benjy menjejak kaki di Semenanjung Malaysia bukan di Lapangan Terbang Subang tetapi di Pelabuhan Klang. Benjy bukan pendatang haram naik tongkang dari Indon tau naik kapal dari KK, meredah Lautan China Selatan yang banyak ikan 'Jaws'. Sekali sekala kapal tu 'black out' panas nak mampos tidur dalam kabin, terpaksa tidur diluar menghirup udara Laut China Selatan.

Beberapa hari menaiki kapal di Laut China Selatan, kini kapal tersebut memasuki perairan Selat Melaka. Pemandang jadi lain, namun dalam hati masih juga terasa ingin melihat gadis melayu yang dikatakan menawan dan bergetah tu. Kini Benjy melihat banyak kapal berselisih antara satu sama lain di perairan Selat Melaka, rasanya selat ini memang sempitlah. Mulalah berangan berlayar dengan Parameswara kononnya menuju ke Melaka ... har..har..har... emmm korang tahuke si Suri Bergetah tu berasal dari Melaka ? Apa ? dah tahu ? ... alamak maunya Benjy ni.

Ketika mendarat di Pelabuhan Klang, kami (sekumpulan budak jahat) dibawa terus ke Port Dickson, ke sebuah Kem Latihan Tentera Darat, PUSASDA untuk menjalani latihan asas rekrut selama 6 bulan. Selama 6 bulan menjalani latihan Benjy telah bertemu dengan gadis-gadis melayu seperti berikut :

1. Jurulatih Bahagian Pelajaran Tentera berpangkat leftenan, dah lupa nama dia siapa. Memang betullah gadis melayu ni menawan dan bergetah.

2. Anak dara mak cik kantin tempat para rekrut melepak disebelah malam. Apa yang Benjy pelik bila anak mak cik tu ada menolong orang tuanya ramai pula mamat-mamat rekrut tu melepak di kantin walaupun tak beli apa. Selepas menyiasat memang sah gadis melayu ni memang menawan dan bergetah gua cakap sama lu ...

3. Pekerja dobi tentera. Ketika menghantar baju ke dobi 3 kali seminggu mesti berjumpa beberapa anak gadis melayu yang bekerja kontrak di dobi tersebut. Biasalah dalam kem latihan tentera darat semuanya lelaki, bila nampak gadis-gadis sekali sekala semuanya dilihat cun-cun belaka. Tetapi ada seorang dua tu memang tidak dapat dinafikan kejelitaannya broo ..

Itulah beberapa gadis-gadis melayu yang Benjy jumpa sepanjang 3 bulan berlatih di kem PUSASDA. Apabila kami dah lulus latihan kawad kaki barulah hari Sabtu dan Ahad dapat keluar ke Pekan Port Dickson sambilang shopping dan menjamu selera dengan lahapnya. Apa yang menariknya apabila dapat keluar Sabtu dan Ahad maka Pekan Port Dickson 70% dipenuhi dengan rekrut berbaju hijau maka murahlah rezeki peniaga-peniaga disitu. Betul kata orang jauh berjalan luas pandangan kerana bukan saja dapat melihat dan mengorat gadis-gadis melayu yang menawan dan bergetah tetapi masakan melayu pun sedap rupanya. "Pernah juga jatuh cinta dengan gadis melayu, tetapi tiada jodoh" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
    
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: GADIS MELAYU MENAWAN DAN BERGETAH
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/gadis-melayu-menawan-dan-bergetah.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.