FORMULA 1 GULF AIR BAHRAIN GRAND PRIX 2012 - SEBASTIAN VETTEL JUARA

Posted by Benjy Bloggerman Isnin, 23 April 2012 0 comments
Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2012 menyaksikan Sebastian Vettel daripada pasukan Red Bull Racing-Renault menepati ramalan selaku juara. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat Formula 1 sekalian. Selepas tengelam dalam 3 saingan sebelum ini akhirnya penyandang juara dunia 2011 mempamerkan kehebatan di Bahrain International Circurt, Sakhir, Bahrain dalam usaha mengulangi pencapainnya pada tahun 2011 yang lalu. Sebelum itu berlaku perhimpunan tunjuk perasaan di luar litar pelumbaan oleh rakyat Bahrain yang memprotes kejohanan Formula 1 di adakan di Bahrain, namun ia dapat dikawal oleh pihak berkuasa Bahrain. Walaupun tunjuk perasaan itu diadakan secara besar-besaran namun ia tidak menganggu kelancaran perlumbaan Formula 1 itu.

Sumber Logo : Google Search

Bermula di petak pertama, Sebastian Vettel tidak menoleh kebelakang lagi dan meraih 25 mata sebagai juara Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2012. Sebastian Vettel mencatat kepantasan 1:35:10.990 berkelebihan 3.3 saat mengatasi pencabar terdekat Kimi Raikkonen dan Romain Groesjean  kedua-duanya daripada pasukan Lotus-Renault. Pada mulanya Benjy berpendapat Lewis Hamilton daripada pasukan McLaren-Mercedes yang akan memberi saingan kepada Sebastian Vettel tetapi Lewis Hamilton yang bermula di petak kedua tercicir ke kedudukan ke lapan. Seorang lagi pemandu pasukan Red Bull Racing-Renault Mark Webber berada di kedudukan ke empat.

Sumber Gambar : Google Search

Selepas 4 perlumbaan berikut adalah keputusan pelumba-perlumba dan pasukan-pasukan bertanding :

Kategori Pengeluar

1. Red Bull Racing-Renault - 101 mata
2. McLaren-Mercedes - 92 mata
3. Lotus-Renault - 57 mata
4. Ferrari - 45 mata
5. Mercedes - 37 mata
6. Sauber-Ferrari - 31 mata
7. Williams-Renault - 18 mata
8. Force India-Mercedes - 17 mata
9. STR-Ferrari - 6 mata

Sementara pasukan Marussia-Cosworth, Caterham-Renault dan HRT-Cosworth belum memperolehi sebarang mata.

Top 10 Kategori Pelumba

1. Sebastian Vettel - Jerman - Red Bull Racing-Renault - 53 mata
2. Lewis Hamilton - British - McLaren-Mercedes - 49 mata
3. Mark Webber - Australia - Red Bull Racing-Renault - 48 mata
4. Jenson Button - British - McLaren-Mercedes - 43 mata
5. Fernando Alonso - Spain - Ferrari - 43 mata
6. Nico Rosberg - Jerman - Mercedes - 35 mata
7. Kimi Raikkonen - Finland - Lotus-Renault - 34 mata
8. Romain Groesjean - France - Lotus-Renault - 23 mata
9. Sergio Perez - Mexico - Sauber-Ferrari - 22 mata
10. Paul di Resta - British - Force India-Mercedes - 15 mata

Melihat kedudukan terkini selepas  perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2012 ini tidak mustahil Sebastian Vettel boleh muncul juara dunia kali ke tiga bagi tahun 2012 ini. "Rasanya jentera Renault semakin laju berbanding Mercedes dan Ferrari" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: FORMULA 1 GULF AIR BAHRAIN GRAND PRIX 2012 - SEBASTIAN VETTEL JUARA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/formula-1-gulf-air-bahrain-grand-prix_23.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.