CERITA SUAMI ISTERI - KENAPA SUAMI TIDUR DI LUAR

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 3 April 2012 0 comments
Cerita pasangan suami isteri memang banyak kisahnya antaranya ialah, kenapakah si suami tidur di luar ? Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan , pembaca dan suami isteri sekalian. Nampaknya cerita si suami tidur di luar sering kita dengar dan tonton tetapi, bagi yang bergelar suami anda tidak perlu membaca atau menonton TV kerana Benjy percaya pengalaman ini anda telah laluinya.
Photobucket
Bagi yang baru je mendirikan rumah tangga jangan risau kerana hubungan yang masih 'panas' maka insiden suami tidur di luar tidak akan berlaku tetapi, bagi yang sudah berkahwin 3-4 tahun jangan cuba menipu kalau anda tidak pernah melaluinya. Bagi yang masih bujang mungkin entry ini hanya sebagai perkongsian pengalaman daripada seorang yang bergelar suami kacak macam Benjy ni.

Sumber Gambar : Google Search


Benjy berkahwin pada tahun 2003 dengan seorang anak dara yang 'cun' wa cakap sama lu. Kira tahun ini dah masuk 9 tahun sebagai suami isteri tetapi Benjy lupa pula bila tarikh perkahwinan, tak apalah itu tak penting pun (mamposlah Benjy kalau isteri baca entry ni sah malam ni tidur luar lagilah  Benjy ni nampak gayanya) OKlah jom kita kupas sehelai-sehelai kulit buah mempelam harum manis ini agar kita mengetahui apakah punca-punca si suami terpaksa meringkuk di luar bilik. Sebelum itu harap maklum, ini bukanlah 100% pengalaman daripada Benjy yer.

Pernah satu ketika dahulu Benjy 'diusir' (wow ! syadisnya ayat) hanya kerana terover berdengkur. Kerana sayangkan isteri terpaksalah Benjy mengalah tidur diluar. Mungkin sebelum tu Benjy agak penat kot disiang hari berkerja 'membanting padinya bercerailah tangkai jerami' tu yang terover berdengkur bila tidur waktu malam. Biasalah itulah pengalaman asam garam sebagai suami isteri.

Yang ni pula cerita pengalaman rakan Benjy. Beliau menceritakan pada Benjy bahawa beliau pernah tidur di luar kerana asyik bermain 'Play Station 2' - Pro Evolution Soccer 2010. Kerana terlalu asyik bermain game, beliau tak sedar bahawa isterinya telah mengunci pintu bilik. Terpaksalah dia tidur di sofa tanpa selimut dan bantal. Tetapi sebenarnya orang lelaki lasak maaa ... kalau tidur atas lantai tanpa alas pun boleh, tak ada masalah sangat. Sahabat Benjy berkata mungkin isterinya terlalu marah kerana tidak dilayan tetapi lebih melayan Pro Evolution Soccer 2010 dari isterinya. Biasalah suami isteri katakan.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa si suami terpaksa mengalah dan tidur di luar dengan rela terpaksa. Bagi Benjy apa yang penting isu yang kecil ini janganlah dibesarkan kerana ia boleh menyebabkan keretakan institusi kekeluargaan. Ada baiknya si suami melihat kembali apakah kesilapan diri sehingga isteri merajuk tak tentu pasal. Jika hati isteri dah aman setenang air di kolam belakang rumah Pak Ali, cubalah bergurau sambil berbincang, janganlah ikut kehendak hati yang ego dengan berkata "Gua jantan maa .. malulah kalah dengan pompuan !" Biarlah sikap ego itu kena dengan tempatnya.

Benjy rasa ramai sahabat blogger yang bergelar suami tidak pernah merasa tidur kat luar kot, betul tak ? Kalau betul Benjy 'tabik spring' sama lu Brooo ... kerana lu lah jantan yang sejati. "Cerita suami isteri memang menarik sebenarnya" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: CERITA SUAMI ISTERI - KENAPA SUAMI TIDUR DI LUAR
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/cerita-suami-isteri-kenapa-suami-tidur.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.