BENJY CUTI PANJANG SEBELUM CUTI SEKOLAH

Posted by Benjy Bloggerman Rabu, 25 April 2012 0 comments
Cuti sekolah lambat lagi tetapi Benjy sudah 'start' cuti panjang. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Siapa kata tidak seronok kalau dapat cuti panjang, dahlah cuti gaji jalan pula tu. Memandangkan kontrak Benjy bekerja dengan Padini Holdings Berhad akan tamat pada 9 May 2012 ini, HR Dept. telah mengarahkan Benjy menghabiskan baki cuti tahun Benjy selama 8 hari sekaligus. Wow ! happynya mana tidaknya 8 hari beb dapat cuti berbayar. Walaupun begitu selepas berbincang dengan my Bos dept. Benjy hanya dapat mengambil 7 hari sahaja kerana 1 hari perlu hadir bekerja untuk 'tengok-tengok' sahaja kalau ada apa-apa masalah yang timbul. Bagi Benjy OK juga tu lagipun baki 1 hari cuti yang tidak diambil tu akan dibayar balik nanti.

Sumber Gambar : Google Search


Hari ini 26 Apr 2012 Benjy sudah mula bercuti cuma yang kurang menariknya cuti sekolah lama lagi maknanya tak dapat juga bawa anak-anak berjalan untuk menghabiskan duit ha..ha..ha..ha.. Tetapi bila difikir secara positif, ada baiknya juga dapat cuti masa bukan cuti sekolah, perbelanjaan dapat juga dikurangkan betul tak ? Kontrak Benjy dengan Padini akan tamat pada 9 May 2012 dan telah pun ditawarkan semula jawatan staff tetap bermula 16 Mei 2012. Ini bermakna Benjy ada masa free 1 minggu tanpa kerja, OK lah tu berehat kejap. Agaknya adakah member-member nak tawarkan Benjy kerja part time selama seminggu tu, tak kiralah kerja apa asalkan jangan jadi jigolo sudahlah. Bukan apa, sebenarnya boring juga duduk rumah ni lagi pun sekolah tak cuti lagi. Kalau ada siapa-siapa nak minta bantuan part time bermula 9 Mei - 15 Mei 2012 boleh contact Benjy OK.

Sepanjang masa cuti bukan dalam kalender cuti sekolah ini, Benjy merancang akan menghabiskan banyak masa untuk menulis blog kalau tiada kerja part time. Cuba membuat blogwalking banyak sikit dan explore internet dengan lebih berfaedah, mana tahu ada kerja boleh dibuat melalui online. Jika ada rakan-rakan ingin memberi idea kepada Benjy sepanjang masa free ini, Benjy amat mengalu-alukan mungkin ada idea anda yang berguna kepada Benjy. "Apa yang anda tahu mungkin tidak diketahui oleh Benjy" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: BENJY CUTI PANJANG SEBELUM CUTI SEKOLAH
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/benjy-cuti-panjang-sebelum-cuti-sekolah.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Instead of using ads, I am having you mine for crypto currency to support this site. Here are your stats:

You can start or stop at anytime but please wait for some accepted hashes before you do.

Visit Coin Hive to learn more about how this works

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.