BADMINTON TERBUKA AUSTRALIA 2012 - PENCAPAIAN SKUAD BADMINTON MALAYSIA

Posted by Benjy Bloggerman Isnin, 9 April 2012 0 comments
Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2012, Siri Grand Prix Gold yang menawarkan wang tunai keseluruhan USD 120,000 ini menyaksikan sedikit sinar cahaya kepada bergu campuran badminton Malaysia selepas kejohanan Badminton Terbuka Switzerland 2012 pada bulan Mac yang lepas. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat sukan badminton tahan air. Walaupun kejohanan ini tidak sebesar Kejohanan Superseries BWF tetapi, ia adalah medium yang baik untuk mengasah skill sebelum bersaing ke kejohanan yang lebih tinggi. Jika medium ini dijadikan sebagai pengukur persiapan Skuad Piala Thomas Malaysia, nampaknya ia belum mencapai tahap yang diinginkan. Pemain badminton Malaysia perlu berusaha lebih gigih lagi jika ingin menjuarai kejohanan Piala Thomas 2012.

Sumber Logo : Google Search


Sepanjang kejohanan Badminton Terbuka Australia 2012 ini, hanya gandingan bergu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Lui Ying sahaja yang boleh dibanggakan kerana mara ke final walaupun tewas kepada gandingan bergu campuran daripada Chines Taipei 22-20, 12-21 dan 23-21. Sementara ketiadaan Datuk Lee Chong Wei dan Muhammad Hafiz Hasim menyaksikan Darren Liew bersama beberapa pemain perseorangan muda yang lain berentap di kejohanan ini namun sekadar ke pusingan ke-3 sahaja. Pasukan bergu lelaki negara yang turun tanpa Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong juga sekadar menjejak ke peringkat suku ahkir sahaja. Apa yang pasti ini petanda bahawa sukad badmintom Malaysia ketandusan pemain-pemain berbakat bagi mengimbangi kehebatan Datuk Lee Chong Wei.

Pencapaian Skuad Badminton Malaysia dalam kejohanan Badminton Terbuka Australia 2012 adalah seperti berikut :

Perseorangan Lelaki

1. Lok Chong Chieh - Pusingan ke3
2. Chan Kwong Beng - Pusingan ke3
3. Daren Liew - Pusingan ke2
4. Chong Wei Feng - Pusingan ke2
5. Yogendran Khrishnan - Pusingan ke2
6. Mohamad Arif Abdul Latif - Pusingan Pertama
7. Zulfadzli Zulkiffli - Pusingan Pertama

Bergu Lelaki

1. Hoon Thien How/Teo Kok Siang - Suku Akhir
2. Goh V Shem/Lim Khim Wah - Pusingan ke2
3. Mohd Zakri Abd Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari - Pusingan ke2
4. Chan Peng Soon/Ong Jian Guo - Pusingan Pertama

Perseorangan Wanita

1. Lydia Cheah Li Ya - Pusingan ke2
2. Tee Jing Yi - Pusingan Pertama

Bergu Wanita

1. Chin Eei Hui/Wong Pei Tty - Suku Akhir
2. Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei - Pusingan ke2
3. Goh Lui Ying/Lim Yin Loo - Pusingan Pertama

Bergu Campuran

1. Chan Peng Soon/Goh Lui Ying - 2nd Place (Final)
2. Ong Jian Gou/Lim Yin Loo - Pusingan Pertama
3. Tan Aik Quan/Lai Pei Jing - Pusingan Pertama

Kini gandingan bergu campuran Malaysia Chan Peng Soon dan Goh Lui Ying berada di ranking ke-8 dunia. Walaupun mereka tidak dikira dalam Kejohanan Piala Thomas 2012 nanti namun, mereka berpeluang menunjukkan kehebatan mereka di kejohanan Olimpik London 2012 sebagai bergu yang layak dalam senarai 16 terbaik dunia. Prestasi Darren Liew pula agak jatuh sedikit kali ini jika dibandingkan dengan kejohanan Badminton Terbuka Switzerland 2012 yang disertainya bulan lepas. Prestasi tidak konsisten ini jika tidak diatasi segera ia akan menjadi lebih parah lagi.

Berdasarkan kalendar BWF, kemungkinan selepas kejohanan Badminton Terbuka Australia 2012 ini, skuad Badminton Malaysia akan berentap di kejohanan Badminton Piala Asia pada 17 April 2012 di Qingdao, China. Mampukah skuad Badminton Malaysia memberi cabaran kepada pasukan China, Korea, Indonesia dan Jepun ? jawapan, ada di tangan mereka.  "Masih ada ruang untuk memperbaiki kelemahan sebelum Piala Thomas 2012" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: BADMINTON TERBUKA AUSTRALIA 2012 - PENCAPAIAN SKUAD BADMINTON MALAYSIA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/badminton-terbuka-australia-2012.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.