BADMINTON ASIA CHAMPIONSHIPS 2012 - PENCAPAIAN SKUAD BADMINTON MALAYSIA
Sabtu, 21 April 2012
0
comments
Walaupun kejohanan Badminton Asia Championships 2012 (BAC 2012) belum melabuhkan tirainya namun, Skuad Badminton Malaysia telah berangkat balik ke Malaysia selepas tewas kesemua acara yang disertai. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminta badminton semua. Walaupun Benjy rasa kecewa sedikit dengan skuad yang dihantar oleh BAM bagi menyertai kejohanan Kejuaraan Badminton Asia 2012 ini, namun ada sedikit peningkatan kepada bergu lelaki ke-2 negara walaupun tewas di peringkat Suku Akhir malam tadi kepada bergu lelaki pilihan ke-6 kejohanan daripada Jepun.
[Laporan Kejohanan Super Series Badminton Terbuka India 2012]
[Laporan Undian Piala Thomas 2012 - Nasib Menyebelahi Malaysia]
[Laporan Undian Piala Thomas 2012 - Nasib Menyebelahi Malaysia]
Sumber Logo : Google Search
Walaupun Lim Khim Wah dan Goh V Shem tidak di letakkan sebagai mana-mana pilihan dalam kejohanan Badminton Asia Championships 2012 tetapi mereka telah menunjukkan peningkatan yang baik apabila mara ke peringkat Suku Akhir. Apa yang lebih mengejutkan ialah, bergu negara ranking ke-30 dunia ini berjaya mengejutkan bergu ranking ke 9 dunia yang juga pilihan ke-4 kejohanan di pusingan ke-2. Walaupun tewas dengan bergu ranking ke-14 dunia Hiroyuki Endo dan Kenichi Hayakawa daripada Jepun di peringkat Suku Akhir, tetapi mereka berjaya mengheret permainan ke rubber-set atau dengan lebih tepat lagi 'perjuangan hingga ke titisan darah yang terakhir' sebelum tunduk 21-18, 16-21, 21-18. Bagi Benjy Goh V Shem dan Lim Khim Wah yang kini baru berumur 23 tahun mempunyai prospek cerah untuk mengantikan bergu lelaki utama negara sedikit masa lagi jika dibimbing dengan betul oleh BAM.
Berikut adalah statistik pertemuan Khim Wah dan V Shem ketika tumbang kepada bergu lelaki Jepun di suku akhir :
Sumber : BWF-Tournamentsofeware
Jika dilihat kekuatan bergu lelaki negara ini, mereka mempunyai kelebihan dari segi Smash (lihat statistik di atas). Lain-lain keputusan melibatkan Skuad Badminton Malaysia Dalam Kejuaraan Badminton Asia 2012 ini adalah seperti berikut :
Perseorangan Lelaki
1. Chan Kwong Beng - Pusingan Pertama
2. Chong Wei Feng - Pusingan Pertama
Bergu Lelaki
1. Lim Khim Wah & Goh V Shem - Suku Akhir
2. Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid & Vountus Indra Mawan - Pusingan Pertama
3. Hoon Thien How & Tan Wee Kiong - Pusingan Pertama
Perseorangan Wanita
1. Lydia Cheah Li Ya - Pusingan Pertama
2. Tee Jing Yi - Pusingan Pertama
3. Ng Sin Er - Pusingan Kelayakan
4. Florah Ng Sew Fong - Pusingan Kelayakan
3. Ng Sin Er - Pusingan Kelayakan
4. Florah Ng Sew Fong - Pusingan Kelayakan
Bergu Wanita
1. Chin Eei Hui & Wong Pei Tty - Pusingan Pertama
2. Vivian Hoo Kah Mun & Woon Khe Wei - Pusingan Pertama
Bergu Campuran
1. Tan Aik Quan & Lai Pei Jing - Pusingan Pertama
2. Ong Jian Guo & Lim Yin Loo - Pusingan Pertama
Benjy amat mengharapkan agar BAM dapat menghantar barisan yang lebih hebat untuk kejohanan Badminton Asia Championships 2013 tahun hadapan. "Jangan hanya mengejar level dunia kalau peringkat Asia masih terkapai-kapai" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
Benjy amat mengharapkan agar BAM dapat menghantar barisan yang lebih hebat untuk kejohanan Badminton Asia Championships 2013 tahun hadapan. "Jangan hanya mengejar level dunia kalau peringkat Asia masih terkapai-kapai" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: BADMINTON ASIA CHAMPIONSHIPS 2012 - PENCAPAIAN SKUAD BADMINTON MALAYSIA
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/badminton-asia-championships-2012_20.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5