BADMINTON ASIA CHAMPIONSHIPS 2012 - BERGUA NOMBOR 2 MALAYSIA BUAT KEJUTAN
Khamis, 19 April 2012
0
comments
Kejohanan Badminton Asia Championships 2012 menyaksikan bergu lelaki nombor 2 Malaysia Lim Khim Wah dan Goh V Shem menewaskan pilihan ke-4 kejohanan bergu daripada Chines Taipe Chieh Min Fang dan Seng Mu Lee 14-21, 21-16 dan 21-16 untuk layak ke Suku Akhir Kejohanan Kejuaran Badminton Asia 2012. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat badminton tahan air sekalian. Nampaknya bergu lelaki nombor 2 Malaysia ini semakin matang dan berkeyakinan lebih-lebih lagi mereka akan mengalas cabaran Malaysia ke Piala Thomas 2012 Mei ini. Jika di lihat ranking dunia Khim Wah dan V Shem berada di kedudukan ke-30 berbanding bergu Chines Taipe di kedudukan ke-9 tetapi semangat juang yang tinggi memberikan mereka kelebihan mengatasi bergu Chines Taipe itu.
Sumber Gambar : Google Search
Walaupun Malaysia tidak menurunkan pasukan terkuat dalam Kejohanan Badminton Asia Championships 2012 ini tetapi semangat juang Khim Wah dan V Shem membuktikan mereka juga sebaris pemain hebat dari lain-lain negara yang bertanding. Lawan mereka di Suku Akhir ialah bergu daripada Jepun Hiroyuki Endo dan Kenichi Hayakawa yang juga pilihan ke-6 kejohanan Kejuaran Badminton Asia 2012. Benjy rasa macam laluan mudah je kan sebab, pilihan ke-4 pun kecundang inikan pula pilihan ke-6 kira 'sap sap sui' lah betul tak. Mengikut ranking BWF, bergu Jepun ini berada di kedudukan ke-14 dunia. Jika di imbas pertemuan kedua-dua bergu nampaknya mereka belum pernah bertemu lagi kira ini first time lah katakan, mesti gementar betul tak.
Di bawah adalah statistik pertemuan Lim Khim Wah & Goh V Shem ketika melakar kemenangan semasa bertemu bergu daripada Chines Taipe di pusingan ke-2.
Sumber Klik SINI
Jika Khim Wah dan V Shem menang ke atas bergu Jepun ini, menanti diseparuh akhir Badminton Asia Championships 2012 ini sama ada pilihan ke-7 bergu daripada China ataupun pilihan ke-2 bergu daripada Jepun. "Layak ke separuh akhir sudah cukup hebat bagi bergu muda Malaysia ini" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: BADMINTON ASIA CHAMPIONSHIPS 2012 - BERGUA NOMBOR 2 MALAYSIA BUAT KEJUTAN
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/badminton-asia-championships-2012_19.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5