BADMINTON ASIA CHAMPIONSHIPS 2012 - PEMAIN UTAMA NEGARA GOYANG KAKI ?
Selasa, 17 April 2012
0
comments
Badminton Asia Championships 2012 mungkinkan pemain utama negara goyang kaki ? Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan peminat sukan badminton tanah air. Kejohanan Kejuaran Badminton Asia 2012 yang berlangsung di Qingdao, China bermula 17 - 22 April 2012 ini menawarkan hadiah keseluruhan USD 150,000 nampaknya tidak memberi tarikan kepada pemain utama negara. Manakala pasukan China pula menghantar pasukan terkuatnya yang diketuai oleh 'Super Dan' yang juga pilihan utama kejohanan. Benjy amat terkejut juga apabila melihat senarai yang masuk bertanding dalam kejohanan ini bukanlah pemain yang akan mengalas cabaran Piala Thomas 2012. Apa pemain utama negara sekadar goyang kaki dan tidak berani bertarung apabila melihat pasukan China menghantar barisan terkuat mereka ? Atau mungkinkah pemain utama Malaysia sedang berlatihn 'yoga' bagi memulihkan hikmat kuasa dalaman selepas tewas teruk di kejohanan Axiata Cup ? Apa pun alasan mereka dan BAM, mereka tetap harapan kita juga.
Sumber Logo : Google Search
SENARAI PEMAIN MALAYSIA MANGHADAPI BADMINTON ASIA CHAMPIONSHIP 2012
Perseorangan Lelaki
1. Chan Kwong Beng
2. Chong Wei Feng
Bergu Lelaki
1. Hoon Thien How & Tan Wee Kiong
2. Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid & Vountus Indra Mawan
3. Lim Khim Wah & Goh V Shem
Perseorangan Wanita
1. Lydia Cheah Li Ya
2. Tee Jing Yi
3. Ng Sin Er
4. Florah Ng Sew Fong
3. Ng Sin Er
4. Florah Ng Sew Fong
Bergu Wanita
1. Chin Eei Hui & Wong Pei Tty
2. Vivian Hoo Kah Mun & Woon Khe Wei
Bergu Campuran
1. Tan Aik Quan & Lai Pei Jing
2. Ong Jian Guo & Yim Yin Loo
Mengikut senarai yang dihantar oleh BAM untuk menyertai Kejuaran Badminton Asia 2012 ini, ia seakan-akan melepaskan 'batuk ditangga'. Kalau pasukan China menghantar pasukan terhebat mereka sepatutnya BAM pun menghantar pemain utama agar pemain utama dapat 'sparing partner' dengan pemain yang hebat daripada China. Tak kan nak 'sparing partner' dengan yang boleh buat 'lauk' je ? macam mana nak meningkat macam tu. Bagi perseorangan lelaki pula, jika Hafiz Hashim tak mahu main 'game' ni setidak-tidaknya hantarlah Daren Liew, Mohamad Arif abdul Latif, Misbun Ramdan Misbun dan Zulfadli Zulkifli untuk pendedahan antarabangsa mereka. Bagi bergu lelaki pula Benjy pun tak tahu kenapa Koo Kien Kiat & Tan Boon Heong sudah lama tak muncul di persada antarabangsa mungkin latihan 'yoga' mereka belum tamat lagi, mujurlah bergua kedua negara Lim Khim Wah & Goh V Shem menyahut cabaran ini.
SENARAI PEMAIN MALAYSIA YANG PERNAH MENJADI JUARA KEJOHANAN INI
Perseorangan Lelaki
1. Rashid Sidik - 1991, 1992
2. Foo Kok Keong - 1994
3. Datuk Lee Chong Wei - 2006
Bergu Lelaki
1. Razif & Jalani Sidik - 1992
2. Cheah Soon Kit & Yap Kim Hock - 1995
3. Chong Tan Fook & Lee Wan Wah - 2006, 2007
Bergu Campuran
1. Chan Peng Soon & Goh Lui Ying - 2010
Malaysia mempunyai sejarah hebat dalam kejohanan ini tetapi mungkin BAM merasakan kejohanan Badminton Asia Championships 2012 ini tidak ada 'class' dan memberi alasan pemain utama membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan Super Series Terbuka India pada 24 April 2012. Benjy tertanya-tanya mengapa pasukan China boleh menghantar pemain terhebat begitu juga Indonesia yang diketuai oleh Taufik Hidayat sedangkan mereka juga akan menyertai kejohanan Super Series Terbuka India tersebut. "Benjy selalu melihat sesuatu dari sudut yang sungguh berbeza tetapi tak sangka 'plan' kemajuan sukan badminton yang dibawa oleh BAM dua kali ganda berbeza dari sudut pandangan Benjy" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: BADMINTON ASIA CHAMPIONSHIPS 2012 - PEMAIN UTAMA NEGARA GOYANG KAKI ?
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/badminton-asia-championships-2012.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5