APAKAH SUMBANGAN PENULIS BLOG KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA
Khamis, 12 April 2012
0
comments
Terfikir seketika dan bertanya di dalam hati, apakah sumbangan penulis blog kepada pembangunan negara yer ? Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Jika di tanya apakah sumbangan seorang guru kepada pembangunan negara ? pasti ramai yang tahu akan jawapanya. Begitu juga jika orang bertanya, apakah sumbangan Polis kepada pembangunan negara ? mesti ramai berebut-rebut untuk menjawabnya betul tak ? Baiklah mari kita berfikir seketika, bukakan minda, lapangkan dada dan pejamkan mata 5 ke 10 minit. Selepas itu cuba tenangkan minda bukakan soalan berikut, sebenarnya apakah sumbangan penulis blog kepada pembangunan negara ? penulis blog bukan seorang pemberita, bukan seorang penyiasat jauh sekali seorang hakim. Adakah peniulis blog tidak memberi apa-apa sumbangan kepada pembangunan negara ?
Benjy tidak mahu memandang jauh lain-lain blogger, tetapi biarlah Benjy memandang kepada diri Benjy sendiri sebagai penulis blog 'part time'. Jika dilihat semua hasil tulisan artikel blog Benjy, rasanya ia seperti tulisan-tulisan biasa sahaja, mungkin juga tidak mempunyai nilai yang besar yang boleh memberi impak 'kebabom' kepada pembangunan negara. Walaupun begitu Benjy merasakan sebenarnya, sebagai seorang blogger tak kira blogger sepenuh masa atau sambilan kita sebenarnya juga boleh membantu secara tidak langsung kepada pembangunan negara. Sebagai contoh, jika seorang bogger tu seorang guru mungkin ia boleh menghasilkan sebuah blog untuk dijadikan rujukan kepada pelajar-pelajar sekolah yang akan menghadapi peperiksaan PMR ataupun SPM. Adakah kita bersedia menuju ke arah tersebut ?
Dewasa ini, kita sering terbaca kebanyakan penulis blog hanya menyiarkan cerita-cerita hiburan, cerita-cerita menfitnah seseorang individu terutamanya artis, cerita-cerita berbau lucah dan seks dengan niat untuk menjadikan nama 'glamour' nya terkenal ataupun blognya terkenal. Biasalah kebanyakan blogger amat memerlukan 'traffic' yang boleh di katakan penting untuk membaja blog-blog mereka agar sentiasa segar dan boleh menghasilkan 'buah-buahan' yang lebat. Apa pun sebabnya janganlah pula kerana hendak mendapatkan 'baja blog' sanggup menfitnah dan membuat cerita 'panas' yang mengaibkan seseorang individu sedangkan ianya tidak betul. Cuba bayangkan juga cerita-cerita fitnah tersebut terkena pada diri sendiri, alangkah sedihnya betul tak ?
Mungkin sudah sampai masanya penulis blog berubah daripada lebih mengejar 'buah-buahan' yang lebat kepada satu kumpulan yang penting kepada pembangunan negara. Perlukah blogger-blogger semua bersatu dan menubuhkan satu persatuan agar suara-suara positif para blogger dapat diketengahkan dan sekaligus menyumbang kepada pembangunan negara ? Mungkin semua akan membisu jika diajukan soalan ini kerana itulah sifat kebanyakan blogger termasuk diri Benjy sendiri iaitu, lebih gemar bersuara melalui penulisan blog berbanding bersuara di hadapan 'video camera'. Kalaulah penulis blog ini menubuhkan persatuan, agaknya apakah nama sesuai untuk persatuan tu yer ? "Kadang-kadang sifat individulistik juga penting kepada diri seseorang" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: APAKAH SUMBANGAN PENULIS BLOG KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/apakah-sumbangan-penulis-blog-kepada.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5