10 SAHAM PALING AKTIF - BERBALOI UNTUK WANG ANDA

Posted by Benjy Bloggerman Rabu, 4 April 2012 0 comments
Ketahuilah 10 saham paling aktif yang sungguh berbaloi untuk wang anda. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca dan pelabur semua. Benjy bukan nak kempen saham cepat kaya, melabur RM 10,000 dapat pulangan RM 1 juta dalam masa 3 bulan. Benjy bukan juga nak kempen atau promote saham piramid kerana saham berbentuk piramid ini hanya sesuai dijalankan negara di Mesir sahaja sebenarnya. Bukan juga nak explained pasal saham internet jauh sekali bursa saham wall street kerana semua itu tiada kena mengena dengan 10 saham paling aktif yang ingin Benjy pecahkan rahsianya kepada anda. 

Sumber Gambar : Google Search

Tahukan anda bahawa, salah satu saham yang paling aktif di Bursa Saham Kuala Lumpur (KLCI) ialah Padini Holding Berhad. OSK Research melalui nota penyelidikannya pada 14 Mac 2012 mengekalkan saranan 'BELI' ke atas saham Padini. Firma tersebut turut mengekalkan unjuran harga pada RM 1.80 sesaham berdasarkan 14 kali nisbah perolehan sesaham TK2012. Walaubagaimana pun Benjy tidak beli pun saham Padini tu tetapi, Benjy ada membeli 10 saham lain yang Benjy sarankan untuk anda membelinya juga berdasarkan prestasi perolehan yang betul-betul menakjubkan sebulan yang lalu.

Oleh itu Benjy mengumumkan bahawa, senarai 10 saham paling akfir berdasarkan prestasi bulan Mac 2012 adalah seperti berikut.

1. Suri Bergetah Berhad. Syarikat berasaskan komoditi getah ini diterajui oleh Puan Suri 'bergetah' selaku pemeggang terbesar saham syarikat kira-kira 52% daripada keseluruhannya. Merupakan saham paling aktif dan paling laris dibeli oleh blogger-blogger kebanyakan. Mengalami 33 keuntungan (33 komen) sepanjang tempoh Mac 2012. Mengikut penganalisis ekonomi, harga sahamnya dijangka melonjak 5 kali ganda bagi bulan April 2012. Nampak gayanya Puan Suri bertambah 'bergetah' lah lagi bulan April 2012 ni.

2. Alamak Teh Ramuan Berhad. Syarikat terbesar teh ini diterajui oleh CEO yang juga pemegang saham terbesar syarikat kira-kira 60%. Merupakan pesara Cikgu (mungkin guru disiplin kot). Selepas mengeluarkan produk Teh paling laris sejak Januari 2012, sahamnya terus melonjak apabila mencatat 27 keuntungan (27 komen) pada bulan Mac 2012. Dikatakan produk teh laris tersebut boleh menajamkan minda seorang murid yang bengap.

3. Pakar Blog Berhad. Pengasasnya Hafizmohd dan Yastro berjaya menguasi 90% tahap perkhidmatan iklan internet melalui blog mereka. Kini nuffnang, innity dan advertlets bernaung dibawah Pakar Blog Berhad selepas kedua-dua pengasas ini membeli ketiga-tiga saham syarikat tersebut kira-kita 51% keseluruhannya. Mencatatkan 23 keuntungan (23 komen) sepanjang tempoh Mac 2012.

4. JB IT Corp. Merupakan syarikat terbesar IT di selatan Semenanjung Malaysia. Pemegang saham terbesar syarikat kira-kira 45% keseluruhan Dato' Md. Anif berjaya meyakinkan pelabur selepas mengeluarkan produk gadget tablet '10 in 1' mencatatkan 22 keuntungan (22 komen) sepanjang tempoh Mac 2012. 'Persatuan Pengguna JB' (PPJB) mengatakan, antara fungsi menarik gadget tersebut ialah, ia boleh mendinginkan ruang bilik seakan-akan aircond.

5. Titan Kacak Berhad. Pengeluar majalah sensasi 'Handsome Boy - Not Playboy' mengejutkan industri majalah di Malaysia apabila menembusi pasaran US. Mengikut laporan persatuan seks bebas US, jualan majalah 'Playboy' telah menurun selepas kemasukan majalah 'Handsome Boy - Not Playboy' ke US bermula Feb 2012 yang lepas. Mencatatkan 19 keuntungan (19 komen) bagi tempoh Mac 2012.

Selain itu 5 lagi syarikat yang mencatatkan keuntungan melebihi 8 kali bagi tempoh Mac 2012 ialah Syarikat Gagasan Chii dan Rahman Berhad 18 kali keuntungan (18 komen), Juan Property Berhad 14 kali keuntungan (14 komen), Kam Kimmie Kom Berhad 12 kali keuntungan (12 komen), Tree Heart Berhad yang diasaskan oleh Nurmisnan, Cikgu Hairul dan Kulanz mencatatkan 10 kali keuntungan (10 komen) dan Udinz Dot Com mencatat 8 kali keuntungan (8 komen). Ini adalah senarai saham paling aktif yang harus diberi tumpuan pada bulan April 2012.

P/S : Benjy mengucapkan terima kasih kepada Top 10 pengomen di blog Benjy sepanjang Mac 2012 dan kepada yang tidak tersenarai, anda juga adalah 'buah hati' dan 'intan payung' Benjy juga mungkin, 'saham syarikat anda' akan melonjak bagi bulan April 2012 ini. "Benjy sayang semua blogger" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: 10 SAHAM PALING AKTIF - BERBALOI UNTUK WANG ANDA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/04/10-saham-paling-aktif-berbaloi-untuk.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.