WAHAI PENGUNDI SEKALIAN UNDI ANDA BUKAN LAGI RAHSIAH
Rabu, 7 Mac 2012
0
comments
Wahai pengundi sekalian, undi anda bukan lagi rahsiah. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Ramai berkata undi anda adalah rahsiah tetapi Benjy mengatakan bahawa undi anda sebenarnya bukan rahsiah. Terkejut ! jangan terkejut kerana Benjy akan membongkar rahsiah yang selama ini terselindung disebalik ayat-ayat power seorang pengarang blog. Power sangat ke ayat-ayat dalam blog orang tu ? mungkin, mungkin juga tidak. Bukalah mata anda, pasangkan telinga anda kerana pendedahan ini tidak pernah dibongkar oleh mana-mana orang sebelum ini.
Sumber Gambar : Google Search
Memang betul sebagai pengundi kita mengharapkan undian kita tidak diketahui malangnya dengan sistem yang canggih sekarang ini semuanya sudah terdedah. Tidak percaya ! anda terpaksa menerima hakikat bahawa blog Benjy telah mendapat undian sebanyak 310 pada bulan Februari 2012. Orang yang mengundi blog Benjy bukan rahsiah lagi dan Benjy telah menyenaraikan Top 10 blogger-blogger yang telah membuang undi dalam bentuk komen kedalam blog Benjy bagi bulan Februari 2012.
Top 10 Pengundi Benjy Blogger - Feb 2012
1. Suri - 52 komen - Exco wanita dan kanak-kanak
2. Anif - 32 komen - Exco kewangan
3. hafizmd - 22 komen - Exco penerangan
4. nurmisnan - 19 komen - Exco kesihatan
5. yastro - 17 komen - Exco hal ehwal agama Islam
7. juan - 12 komen - Exco pertanian
8. cikgu hairul & chii - 11 komen - Exco bersama perlancongan
9. rahman - 10 komen - Exco alam sekitar
10. pke - 9 komen - Exco kebudayaan dan kesenian
Sebagai seorang Menteri Besar yang dipilih oleh pengundi, Benjy amat berterima kasih kerana penduduk Benjy Blogger masih memberi kepercayaan kepada Benjy memimpin negeri ini. Dengan itu Benjy mengistiharkan esok 8 Mac 2012 bersamaan hari Khamis adalah hari cuti kepada semua rakyat Benjy Blogger. Jika anda rasa cuti satu hari ini tidak mengcukupi sila beri komen anda di bawah dengan menyatakan berapa hari anda hendak bercuti tetapi jangan melebihi 3 tahun yer. Kepada pengundi lain yang tidak tersenarai Benjy berikan anda cuti 2 hari. Benjy juga memohon maaf jika Benjy jarang-jarang melawat ke kawasan anda biasalah sebagai Menteri Besar Benjy agak sibuk kebelakangan ini.
Tidak lupa juga kepada pengundi hantu yang mengundi Benjy jutaan terima kasih juga daripada Benjy. Oleh itu Benjy akan melantik Top 10 pengundi ini dalam senarai kabinet Benjy Blogger bagi penggal tugas bulan Mac 2012. Diharapkan exco-exco yang dilantik jangan rahsuah tetapi berkhidmatlah dengan ikhlas bagi membantu rakyat di Benjy Blogger. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada pengundi semua daripada Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: WAHAI PENGUNDI SEKALIAN UNDI ANDA BUKAN LAGI RAHSIAH
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/wahai-pengundi-sekalian-undi-anda-bukan.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5