SEBAGAI SUAMI ISTERI SIAPA YANG SELALU JADI MANGSA

Posted by Benjy Bloggerman Jumaat, 9 Mac 2012 0 comments
Kopi Power
Sebagai suami isteri, siapakah yang selalu jadi mangsa ? isteri ke suami ? Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Benjy selalu merenung kehidupan manusia, sebagai makhluk yang paling bijak dimuka bumi kadang kala tindakan yang kita lakukan adalah salah tetapi kita tidak sedari.
Photobucket
Sering kali kita cuba menegakkan benang yang basah (tetapi dulu Benjy pernah cuba sekali,  benang tu boleh tegak 2-3 saat OOooo). Kesilapan-kesilapan manusia selalu menjadikan alam sekitar sebagai mangsa 'rogol' tanpa kerelaannya. Tunggu sebentar ini bukan kisah pasal rogol-merogol tetapi ini hanyalah kisah rumahtangga. Satu ketika dulu Benjy pernah terbaca satu aktikal bertajuk 'suami rogol isteri' pelik bila baca tajuk tu tetapi, Benjy tidak pernah pula dengar cerita pasal 'isteri rogol suami'. Maaf terover pula, kita lupakan cerita tu kerana Benjy ingin bertanya, dalam rumahtangga siapakah yang selalu jadi mangsa ?

Sumber Gambar : Google Search

Kisah suami isteri setiap keluarga adalah berbeza. Rumahtangga si A tidak sama dengan rumahtangga si B tetapi kalau ada yang sama mungkin kebetulan sahaja. Suami atau isteri siapa selalu jadi mangsa ? Jangan malu-malu jangan segan-segan kerana yang sudah berumahtangga pasti tahu jawapannya. Bagi mencari jawapan tersebut, Benjy telah membuat kajian selama 5 minit mendapati, sebuah keluarga yang normal si isterilah yang selalu jadi mangsa. Harap isteri-isteri yang membaca setuju dengan hasil kajian Benjy selama 5 minit ni yer. Benjy akan kupas kulit bawang sambil mengupas kebenaran si isteri selalu jadi mangsa.

Suami isteri , teruna dan dara (masih dara ker ?) yang membaca entry ini ketahuilah bahawa :

1. Jam 6.00 am si isteri sudah bangun menyiapkan sarapan suami dan anak-anak. Si suami masih dalam selimut entah apa yang dimimpinya.

2. Selepas itu kejutkan suami dan anak-anak untuk sembahyang subuh. (Bagi yang Islam).

3. Menghidangkan sarapan untuk keluarga.

4. Ketika suami pergi bekerja dan anak-anak ke sekolah, si isteri mengemas rumah, membasuh kain dan memasak makan tengahari anak-anak yang akan balik dari sekolah.

5. Menghidangkan makan untuk anak-anak lauk biasa sahaja sedangkan suami makan tengahari di restoran menu nasi ayam kalau tidak pun nasi campur berharga RM 5.00 ++.

6. Belah petang membawa anak-anak bermain di taman berdekatan sambil berpeluh-peluh dengan kerenah anak-anak.

7. Lepas tu ambil kain jemuran hari nak hujan dan masak untuk makan malam.

8. Ketika suami balik dari kerja si isteri menghidang makan malam. Ada juga suami yang merungut bila lauk tak kena selera sambil berkata "ikan masin, kangkung, ikan masin, kangkung, ... tak der lauk lain ke ?"

9. Selepas mencuci pinggan mangkuk si isteri menyiapkan pakaian suami dan anak-anak untuk hari esok sedangkan si suami melepak sambil menaip entry blog konon-konon hebat sangatlah tu sebagai blogger.

10. Belum sempat lagi si isteri nak main facebook, si suami pula mengarahkan si isteri membuat kopi untuknya. Siapa punya laki yang malas betul ni yer ?

11. Bila dah masuk jam 11.00 pm anak dah tidur selang sejam kemudian suami isteri pun masuk ke bilik nak tidur. Sekali lagi isteri jadi mangsa ... dot ... dot ... dot ... sebelum kedua-duanya tidur. Zalim betul suami tu kan.

Begitulah rutin pusingan setiap hari yang hampir-hampir serupa. Harap anda setuju dengan kajian Benjy ini yang memakan masa 5 minit untuk disiapkan. Benjy sekarang ni pun dah jadi suami isteri, agak-agak andalah, siapa yang jadi mangsa Benjy ke isteri Benjy yer ?

Semoga kehidupan suami isteri anda dirahmati oleh Nya daripada Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: SEBAGAI SUAMI ISTERI SIAPA YANG SELALU JADI MANGSA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/sebagai-suami-isteri-siapa-yang-selalu.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.