PENCAPAIAN SKUAD BADMINTON MALAYSIA DALAM SAINGAN ALL ENGLAND 2012

Posted by Benjy Bloggerman Ahad, 11 Mac 2012 0 comments
Saingan All England 2012 bolehlah dijadikan pengukur kepada Skuad Badminton Malaysia. Apa pun ia kurang meyakinkan apabila hanya pemain perseorangan Malaysia Dato' Lee Chong Wei yang juga pemain No. 1 Dunia sahaja yang mara ke Final manakala dalam acara yang lain tidak menampakkan kebangkitan. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Bagi Benjy kekuatan Malaysia boleh dinilai dalam kejohanan ini bagi menghadapi Piala Thomas yang bakal diadakan pada May 2012 di China.



Sumber Gambar : Google Search

Seperti yang diduga, hanya Dato' Lee Chong Wei sahaja yang betul-betul boleh diharap dalam saingan kali ini sebagaimana yang berlaku dalam saingan Kelayakan Piala Thomas 2012 zon Asia. Untuk mengetahui pencapaian Skuad Badminton Malaysia dalam saingan Kelayakan Piala Thomas 2012 yang lepas sila klik di SINI. Bagi kejohanan Olimpik London 2012 mungkin Malaysia boleh mengharapkan Dato' Lee Chong Wei untuk mengutip emas ataupun sekurang-kurangnya perak bagi acara perseorangan tetapi jika terus-menerus tiada pelapis Dato' Lee maka akan mundurlah Malaysia dalam saingan badminton di mata dunia.

Pencapaian Skuad Badminton Malaysia dalam saingan All England 2012 seperti berikut :

Perseorangan Lelaki
1. Dato' Lee Chong Wei - Naib Johan (Berundur Di Set Ke-2 Kerana Kecederaan)
2. Daren Liew - Suku Akhir
3. Chong Wei Feng - Pusingan Ke-2
4. Muhammad Hafiz Hashim - Kelayakan ke-2

Bergu Lelaki
5. Koo Kien Kiat & Tan Boon Heong - Pusingan Ke-2
6. Mohd Zakry Abdul Latif & Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari - Pusingan Ke-2
7. Goh V. Shem & Teo Kok Siang - Pusingan Pertama
8. Gan Teik Chai & Tan Bin Shen - Kelayakan ke-2
9. Mak Hee Chun & Tan Wee Kiong - Kelayakan Pertama

Perseorangan Wanita
10. Tee Jing Yi - Kelayakan Pertama

Bergu Wanita
11. Ng Hui Ern & Ng Hui Lin - Pusingan Pertama
12. Vivian Hoo Kah Mun & Voon Khe Wei - Pusingan Pertama
13. Goh Liu Ling & Lim Yin Loo - Pusingan Pertama
14. Chin Eei Hui & Wong Pei Tty - Pusingan Pertama

Bergu Campuran
15. Chan Peng Soon & Goh Lui Ying - Separuh Akhir
16. Ong Jian Guo & Lim Yin Loo - Pusingan Pertama
17. Tan Aik Quan & Lai Pei Jing - Kelayakan Pertama

Pencapaian paling menyedihkan ialah prestasi Muhammad Hafiz Hashim yang juga Juara All Englang 2003 yang tidak melepasi pusingan kelayakan manakala prestasi mengejutkan adalah bergu campuran Chan Peng Soon & Goh Lui Ying yang mara sehingga separuh akhir. Jika dilihat prestasi ini nampaknya Malaysia hanya sekadar pelengkap jadual dalam kejohanan Piala Thomas May ini.

Skuad Badminton Malaysia lemah dalam saingan All England 2012 kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: PENCAPAIAN SKUAD BADMINTON MALAYSIA DALAM SAINGAN ALL ENGLAND 2012
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/pencapaian-skuad-badminton-malaysia.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.