• Nikmatilah panoramah indah di Kolam Air Panas Poring Ranau hanya 2 KM daripada Rumah Penginapan Nampasan.
***

PEMERIKSAAN KESIHATAN PENTING UNTUK KITA

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 13 Mac 2012 0 comments
Hari ini pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia di syarikat tempat Benjy bekerja iaitu Padini Holdings Berhad percuma kepada 100 staff Padini dan Benjy juga tersenarai dalam program tersebut. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. bila kali terakhir anda membuat medical check-up ? setahun yang lepas ? 6 bulan yang lepas ? 3 bulan yang lepas ? atau tidak pernah langsung ? Sebenarnya Benjy pun dah 2-3 tahun tak buat dan di kesempatan ini dapatlah membuat pemeriksaan yang untungnya, ia adalah percuma. Sebelum Benjy teruskan lagi entry ini cuba fikir sejenak, apakah perkara utama yang dititik beratkan dalam pemeriksaan ini ?

Sumber Logo : Google Search


Secara amnya ada 5 jenis pemeriksaan kesihatan asas yang dilakukan untuk menentukan tahap kesihatan seseorang. Pemeriksaan tersebut adalah :

1. Pemeriksaan Body Mass Index (BMI)

2. Pemeriksaan Tekanan Darah

3. Pemeriksaan Urine

4. Pemeriksaan Diabetes pada darah

5. Pemeriksaan kolestrol dalam darah

Setiap pemeriksaan ini mempunyai nilai-nilai ataupun tahap-tahap tertentu yang menentukan samaada kita sihat ataupun tidak. Selepas Benjy membuat kelima-lima pemeriksaan tersebut hasilnya adalah 3/5. Bermaksud, 3 daripada pemeriksaan kesihatan tersebut lulus sementara 2 lagi perlu diperbaiki. Benjy hanya lulus ujian no. 2, 3 dan 4. Bagi pemeriksaan no. 1, jururunding kesihatan menasihatkan agar Benjy mengurangkan berat badan sebanyak 29 kg. Mak datuk ! .... banyak tu. Sementara pemeriksaan kesihatan no.5, Benjy hanya terlebih 0.30 jumah kolestrol dalam darah kira, masih terkawal. Perlu diingatkan bahawa pemeriksaan kolestrol dalam darah perlu diperiksa jika umur sudah menjangkau 35 tahun bagi lelaki dan 45 bagi wanita.

Hendak menurunkan berat badan sebanyak 29 kg sukar juga tu tetapi kalau join rancangan 'bigger loser' rasanya boleh berjaya tu. Benjy percaya jika berat badan Benjy dapat dikurangkan sebanyak 29 kg maka, tahap kolestrol dalam darah juga berkurang. Selain itu faktor permakanan juga perlu diambil kira kerana, tiada gunanya bersenam tetapi selepas bersenam masih melantak 3-4 pinggan. Bagaimana pula dengan anda ? adakah anda juga merancang membuat pemeriksaan kesihatan dalam masa terdekat ini ?

Rakyat sihat negera maju kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: PEMERIKSAAN KESIHATAN PENTING UNTUK KITA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/pemeriksaan-kesihatan-penting-untuk.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.