PADINI HOLDINGS BERHAD - DARI KACA MATA BENJY

Posted by Benjy Bloggerman Sabtu, 24 Mac 2012 0 comments
Benjy bangga sebagai warga Padini Holdings Berhad. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Walaupun baru bekerja 10 bulan pada entry ini ditaip, secara peribadinya Benjy dapat merasakan suatu kelainan dalam syarikat ini. Sebagai seorang pesara tentera, suasana pekerjaan selama 12 tahun dalam perkhidmatan tentera memang sukar dihakis dalam diri Benjy. Selapas bersara daripada tentera, Benjy pernah bekerja di beberapa syarikat seperti Nationwide Express Courier Services Berhad dan Super Force Security Services Sdn. Bhd. tetapi di Padini Dot Com Sdn. Bhd. (salah satu anak syarikat Padini Holdings Berhad) ia betul-betul berbeza daripada sebelum ini.


Sumber Logo : Google Search

Di Padini Holdings Berhad, Benjy bertugas di Security Division, Admin Department. Benjy bersyukur mempunyai seorang bos Ms. Yong Yee Ching yang cukup baik tetapi tegas. Walaupun beliau agak 'cool' namun bila Benjy kekeringan idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan kerja, beliau dapat membuka jalan yang tidak terlintas di fikiran Benjy. Terima kasih bos kerana banyak membantu.

Selain daripada mengawasi aspek security, tugas kedua Benjy di Padini Holdings Berhad adalah membantu 'Safety and Health Committee' dalam menguruskan hal-hal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Benjy membantu Pengerusi Jawatankuas iaitu Mr. Kong Yee Teck yang juga HRT Manager serta lain-lain ahli mematuhi semua keperluan yang terkandung di dalam Akta Pekerjaan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Walaupun tugas ini agak mencabar, namun Benjy tetap seronok bekerja menguruskan OSH di Padini.

Padini Holdings Berhad merupakan syarikat jenama pakaian yang terkenal di Malaysia hasil kreativiti pengasasnya Mr. Yong Pang Chuan yang juga Pengarah Urusan syarikat. Antara jenamanya yang terkenal yang juga digilai oleh kaum wanita ialah, jenama Vincci. Selain daripada itu jenama seperti Padini, Seed, PDI, Miki, P&Co, Padini Authentic dan Brand Outlets sentiasa meresahkan pelanggan jika tidak membelinya. Anda boleh menemui semua jenama ini dengan lebih mudah apabila berkunjung ke rangkaian kedai Padini Concept Store. Ada orang berkata 'Padini Concept Store adalah syurga pakaian di Malaysia', jika anda tidak percaya cuba masuk dan lihat berbezaannya. 

 
Rangkaian Kedai Padini Concept Store

Selain daripada itu, Padini Holdings Berhad juga mengembangkan kemahiran masakan dalam rangkaian restoran Seed Cafe nya yang berada di Glenmarie Shah Alam dan Mid Valley. Benjy boleh garenti, masakannya semua berkelas 5 bintang, percayalah ! Dengan harga yang cukup berpatutan dan menu yang menyelerakan pasti anda akan berkunjung untuk kali ke-2.

Seed Cafe di Mid Valley

Anda boleh membaca maklumat tidak rasmi berkaitan syarikat ini di WIKIPEDIA. Jika anda ingin mengetahui sebarang promosi bagi setiap jenama di bawah Padini, sila layari http://www.facebook.com/padiniholdingsbhd kerana ianya untuk anda sekeluarga. "Padini Holdings Berhad memang hebat" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: PADINI HOLDINGS BERHAD - DARI KACA MATA BENJY
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/padini-holding-berhad-dari-kaca-mata.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.