• Nikmatilah panoramah indah di Kolam Air Panas Poring Ranau hanya 2 KM daripada Rumah Penginapan Nampasan.
***

MENCARI JODOH YANG SESUAI

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 27 Mac 2012 0 comments
Adakah anda masih mencari jodoh yang sesuai ? Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Benjy percaya ramai di luar sana tidak kira lelaki dan wanita masih tercari-cari pasangan hidup yang sesuai untuk mereka. Adakah anda risau jika tidak bertemu pasangan yang sesuai ? atau itu perkara biasa bagi diri anda ? Ramai percaya bahawa bertemu pasangan hidup adalah di tangan Tuhan namun, adakah itu bermakna bahawa anda hanya perlu berdiam dan mengharapkan ianya datang bergolek ? mungkin 'Ya' mungkin juga 'Tidak'. Sehubungan dengan itu entry ini ditulis khas oleh Benjy untuk membantu anda yang masih tercari-cari 'pasangan merpati sejoli' dan seterusnya memulakan hidup baru sebagai suami isteri.

Sumber Gambar : Google Search

Apa yang Benjy perhatikan ialah, ramai yang belum berkahwin di usia yang lanjut iaitu 35 tahun ke atas bagi lelaki dan 30 tahun ke atas bagi wanita mencari jodoh menggunakan agensi-agensi penjodohan dan laman web sosial. Mengikut analisis Benjy, menggunakan kaedah tersebut memang cukup berkesan tetapi bukanlah 100% berkesan. Walaupun Benjy tidak mempunyai bukti yang kukuh tetapi secara logik akal hanya 5 daripada 100 orang akan bertemu pasangan hidup yang sesuai melalui kaedah ini dan selebihnya tidak berakhir  ke jinjang pelamin. Kenapa perkara ini berlaku ? adakah mereka ini ditakdirkan tanpa zuriat ? atau, mereka memang ditakdirkan keseorangan hingga ke hujung hayat.

Jika anda dalam golongan 95 orang yang Benjy maksudkan di atas, cuba bukakan minda secara meluas dan tanyakan soalan ini pada diri anda. "Kenapa saya belum bertemu jodoh sehingga kini ?" "Apa yang tidak kena tentang diri saya sehingga tidak bertemu pasangan hidup ?" "Perlukah saya mandi bunga ?" Sebenarnya mandi bunga tidak salah, kerana Benjy berpendapat, dengan berbuat demikian ia memberi anda keyakinan dan boleh menjana aura positif keluar dari tubuh kita. Apa yang penting anda tahu apakah matlamat utamanya untuk berumah tangga, adakah kerana desakan keluarga ? adakah kerana tanggapan masyarakat ? atau sekadar memenuhi kehendak batin. Dengan bertanyakan soalan-soalan seperti ini, ia dapat meransang minda bawah sedar anda menjurus ke arah tersebut.
Sebenarnya bukan susah hendak mencari jodoh tetap mencari pasangan yang sesuai dengan diri anda memanglah susah. Jika ada seorang sahaja pilihan di depan mata untuk dijadikan pasangan hidup maka peratus untuk mendapatkan yang sesuai dengan diri anda adalah 1% tetapi jika ada 10 orang atau lebih di depan mata anda, peratus untuk bertemu pasangan yang sesuai kemungkinan 80% ke 95%. Bagi mencapai sasaran tersebut, Benjy ada beberapa tip yang paling berkesan untuk menjana aura positif agar anda mempunyai peluang sehingga 95% bertemu pasangan yang sesuai.

Dibawah ini adalah ringkasan kepada tip tersebut. Diharapkan ia dapat membantu anda bertemu jodoh yang betul-betul sesuai dengan diri anda.

1. Jaga penampilan dan personaliti anda, kerana ia adalah daya tarikan semulajadi yang pertama melalui deria mata seseorang. Senang cakap bagi wanita cantik dan berseri, manakala lelaki kacak dan kemas. Kalau banyak kurap dan panau macam mana orang nak terpikat.

2. Menjaga tatasusila dan budi pekerti  yang baik. Bagi wanita lemah lembut dan berbudi bahasa manakala lelaki bersikat 'gentleman' dan matang. Wanita jangan bersikap macam 'jantan' dan yang lelaki jangan pula macam 'Awwww...'.

3. Bersikap rama mesra, tidak sombong dan tidak loke memberi senyuman ikhlas. Bukan senyum yang dibuat-buat kerana orang dapat merasakan perbezaan kedua-dua senyuman itu. Senyum yang tidak ikhlas boleh dilihat di bibir sahaja tetapi dahi, mata dan pipi statik.

4. Suka berterus terang dan tidak hipokrit. Kebiasaannya orang yang boleh menerima sikap terus terang anda 90% mungkin adalah calon jodoh anda yang sesuai.

5. Jika anda perasan, minda bawah sedar anda akan dapat mengesan aura seseorang itu samaada ia sesuai atau tidak dengan kita. Bab ini memang susah Benjy nak terangkan kerana ia bersifat semulajadi dan sukar diluahkan dengan kata-kata. Keadaan ini sebenarnya dijana oleh deria mata, naluri hati dan minda bawah sedar anda. Ramai yang dapat merasakan keadan ini ia juga boleh disifatkan sebagai 'Cinta Tahap 1'.

6. Percaya atau tidak bahawa, doa adalah senjata yang paling berkesan jika semua tip di atas menemui jalan buntu. Seperti perlawanan akhir bolasepak piala dunia dimana kedua-dua pasukan seri hingga berlanjutan ke masa tambahan. Gol diminit terakhir masa tambahan adalah gol yang cukup mahal mungkin mencecah berbilon dollar. Begitu juga dengan doa, dikala anda sudah berputus asa doa memberikan anda cahaya dihujung jalan yang gelap.

Jika semua tip di atas telah anda amalkan bertahun-tahun lamanya namun tidak juga bertemu jodoh yang sesuai, mungkin ada rahmat di sebalik semua kejadian tersebut. Ketahuilah bahawa Tuhan amat mengetahui apa yang terbaik untuk diri anda dan usahlah anda sesalinya. Benjy ibaratkannya seperti rumah yang usang, walaupun tiada orang tinggal didalamnya namun ia mungkin berguna untuk lain-lain hidupan ciptaan tuhan yang perlukan perlindungan daripada panas dan hujan. "Sebenarnya kejadian ini baru permulaannya" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: MENCARI JODOH YANG SESUAI
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/mencari-jodoh-yang-sesuai.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.