MALAYSIA DAN THAILAND TUAN RUMAH BERSAMA PIALA AFF SUZUKI 2012
Ahad, 4 Mac 2012
0
comments
Malaysia dan Thailand sah tuan rumah bersama Piala AFF Suzuki 2012 yang akan dilangsungkan pada 24 Nov 2012 hingga 22 Dis 2012. Sebelum itu pada 17 Dis 2010 Filipina menyatakan hasrat untuk menjadi tuan rumah Piala AFF Suzuki 2012 tetapi kesatuan AFF yang bersidang pada 19 Feb 2011 memilih Malaysia dan Thailand sebagai tuan rumah peringkat kumpulan. [Maklumat Wikipedia]
Sumber Gambar : http://www.affsuzukicup.com
6 pasukan terbaik dalam ranking ASEAN telah layak ke pusingan akhir Piala AFF Suzuki 2012 sementara 5 pasukan terbawah ASEAN akan mengharungi pusingan kelayakan yang dijadualkan pada 5 hingga 13 Okt 2012 di Myanmar.[Maklumat Wikipedia] 6 Pasukan yang telah layak ialah Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Singapura. Manakala 5 pasukan yang akan merebut 2 slot ke pusingan akhir ialah Brunei, Myanmar, Timur-Leste, Laos dan Kemboja.
Berbaki 8 bulan pastinya Dato Rajagobal dapat mempersiapkan Harimau Malaya menjadi pasukan terkuat menjelang Piala AFF Suzuki 2012 bagi mempertahankan gelaran jagoh Asia Tenggara untuk kali ke-2. Namun sejak akhir-akhir ini keupayaan Malaysia diragui selepas melihat 3 perlawanan antarabangsa kebelakang di mana Malaysia tewas dengan India 2 - 3, tewas kepada Australia 0 - 5 dan hanya mampu seri 1 - 1 dengan pasukan lemah Filipina.
Mempertahankan kejuaraan lebih sukar berbanding mengejar kejuaraan kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: MALAYSIA DAN THAILAND TUAN RUMAH BERSAMA PIALA AFF SUZUKI 2012
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/malaysia-dan-thailand-tuan-rumah.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5