LIVERPOOL VS ARSENAL LIVE STREAMING 3 MAC 2012
Sabtu, 3 Mac 2012
0
comments
Liverpool vs Arsenal Live Streaming 3 Mac 2012 merupakan pertembungan panas pasukan elite EPL memasuki perlawanan ke-26 bagi Liverpool dan perlawanan ke-27 pasukan Arsenal. Salam sahabat blogger, rakan-rakan, pembaca dan fan Liverpool-Arsenal. Apakah ramalan anda ? Benjy sebagai peminat Liverpool amat mengharapkan 'The Reds' mampu menewaskan 'The Gunners' bagi membuka peluang untuk mengisi slot 4 pasukan terbaik EPL di akhir musim. Bagi Benjy Liverpool boleh memperolehi 3 mata malam ini kerana disokong kejayaan Curling Cup seminggu yang lepas serta bermain di Anfield menjadikan motivasi pemain-pemain Liverpool berada ditahap yang tinggi. Anda boleh menyaksinya pertembungan panas ini melalui online live streaming link di bawah.
Sumber Gambar : Google Search
Selain pertembungan panas Liverpool vs Arsenal, terdapat lagi 6 perlawanan yang dalam saingan EPL. Perlawanan tersebut adalah : (Sila tambah 6 jam setiap masa di bawah)
Sumber Gambar : Laman Rasmi EPL
Keputusan perlawanan Liverpool vs Arsenal separuh masa pertama kedudukan seri 1 - 1. Secara keseluruhan separuh masa pertama dikuasai oleh pasukan Liverpool. Jika dilihat peluang Liverpool sepatutnya mereka boleh menjaringkan 2 atau 3 gol lagi tetapi kecekapan pertahanan dan penjaga gol Arsenal termasuk menyelamatkan sepakan penalti D.Kuyt harus di puji. Apa yang menarik pergerakan solo Suarez yang melapasi 4 pertahanan Arsenal nyaris-nyaris menghasilkan gol tetapi tolakannya di tepis keluar penjaga gol Arsenal. Gol Liverpool terhasil gol sendiri pertahanan Arsenal manakala gol penyamaan Arsenal dijaringkan oleh tandukan V. Persie.
Separuh masa kedua Liverpool vs Arsenal seperti separuh masa pertama juga dimana permainan banyak dikuasai oleh pasukan Liverpool. Namun dalam bolasepak bukan penguasaan permainan yang penting tetapi menjaringkan gol adalah penentu kemenangan. Serangan bertali arus Liverpool akhirnya terhenti bila V. Persie menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada minit ke-90. Kapten Arsenal tu menewaskan Pepe penjaga gol Liverpool dengan rembatan first timer yang mengelirukan selepas menerima hantaran lambung dari tengah padang. Keputusan penuh Liverpool vs Arsenal 1 - 2.

Pasukan Liverpool adalah pasukan kegemaran Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: LIVERPOOL VS ARSENAL LIVE STREAMING 3 MAC 2012
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/liverpool-vs-arsenal-live-streaming-3.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5