KENAPA SAYA MENULIS BLOG

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 20 Mac 2012 0 comments
Kenapa saya menulis blog ? Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Benjy merasakan ini adalah topik umum yang ramai orang melihat dari berbagai sudut dan pespektif yang berbeza. Benjy berpendapat bahawa, jawapan anda itu sebenarnya akan mempengaruhi sejauh mana atau berapa lama konsisten anda dalam penulisan blog. Jika ada blogger yang tidak setuju tidak mengapa. Ini hanyalah pendapat dan pespektif peribadi Benjy sendiri. Benjy merasakan, hanya blogger yang mempunyai sebab yang kukuh sahaja akan berjaya bertahan lama. Bagi yang ada syndrome 'SIK' atau nama penuhnya 'Saya Ikut Kawan' selang beberapa bulan sahaja maka lenyaplah ia bersama blognya yang hanya ada kurang 20 aktikal.

Sumber Gambar : Google Search

Bagi menjawab soalan 'kenapa saya menulis blog ?' Benjy suka membawa anda melihat diri anda sendiri. Tanya diri anda apa  niat anda untuk menulis blog, adakah anda ingin menjadi blogger kerana melalui blog anda dapat menjana pendapatan tambahan ? atau, ingin berkongsi pendapat dan pandangan anda ? atau, sebab syndrome 'SIK' ? atau memenuhi masa lapang ? dan mungkin juga sebab-sebab lain yang. Dengan mengetahui niat anda ia akan menjadi salah satu polisi anda untuk menulis blog.

Bagi Benjy, Benjy menulis blog kerana Benjy merasakan ia suatu seni dalam zaman IT sekarang ini dan tidak keterlaluan jika Benjy menyifatkannya sebagai 'Seni IT'. Sama dengan lain-lain seni seperti seni kraftangan, seni tari dan berbagai-bagai lagi seni yang mampu menarik minat kita. Memandangkan Benjy sudah betul-betul minat dengan 'Seni IT' ini, Benjy menterjemahkan ia kepada hobi atau kegemaran di masa lapang. Jika Benjy ada masa lapang 'Seni IT' atau blog inilah akan Benjy belek berjam-jam lamanya. Ia seakan sama dengan hobi seseorang jika ia minat kepada mengumpul barang-barang antik. Jika ada masa terluang, dia akan membelek barang-barang antik tersebut berjam-jam lamanya.

Dengan menjadikan menulis blog ini sebagai minat, iaitu hobi kepada 'Seni IT' ia mewujudkan perasaan 'feeling' yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Secara ikhlas bagi Benjy, mendapatkan pendapatan daripada blog adalah priority yang ke-3 atau ke-4 tetapi bukannya priority pertama. Benjy menyifatkan minat kepada blog atau 'Seni IT' itu perlulah mempunyai kemahiran khusus untuk menunjukkan bahawa seni itu ada. Contohnya, bagi yang minat dengan 'Make-up' kereta sudah tentunya kemahiran modification perlu ada pada dirinya.

Pendapat peribadi Benjy menyifatkan bahawa, bukan hanya menulis blog tetapi kemahiran yang ada pada seorang penulis blog atau pencinta 'Seni IT' ini adalah, pertama Alexa Ranking, kedua Google Page Rank, ketiga traffic, keempat jumlah komen setiap atikal, SEO di 1st Page pada engine carian google.com.my bagi pengguna di Malaysia dan jumlah sharing yang tinggi di laman web sosial contohnya jumlah FB Like, twitter, Google +, linkedin dan banyak lagi. Inilah yang Benjy katakan sebagai 'Seni IT', bagi Benjy ia satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. 

Benjy menyifatkan 'Seni IT' ini seperti sebiji benih. Blog diibaratkan sebiji benih yang disemai akan tumbuh tunasnya dan berdaun. Dengan menjaganya dan membajanya dengan baik ia akan berkembang menjadi sepohon pokok dewasa. Hasil dari jagaan yang betul ia akan menghasilkan bunga yang banyak dan akhirnya berbuah dengan lebat. Buah-buah itu seterusnya dipetik untuk dimakan atau dijual menjadikan satu bentuk keuntungan. Itulah yang Benjy sifatkan sebagai 'Seni IT' kerana hobi ini satu hari nanti secara automatik memberikan anda pulangan yang berbaloi. "Seni IT itu indah" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KENAPA SAYA MENULIS BLOG
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/kenapa-saya-menulis-blog.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Instead of using ads, I am having you mine for crypto currency to support this site. Here are your stats:

You can start or stop at anytime but please wait for some accepted hashes before you do.

Visit Coin Hive to learn more about how this works

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.