HARIMAU MUDA B DALAM PIALA SULTAN HASSANAL BOLKIAH 2012
Selasa, 6 Mac 2012
0
comments
Pencapaian Harimau Muda B dalam Piala Sultan Hassanal Bolkiah 2012 nampaknya kurang memberansangkan jika dibandingkan pencapaian tahun 2007 layak ke separuh akhir. Dalam edisi 2012 pasukan Harimau Muda B yang rata-rata diwakili pemain B-19 hanya mampu menduduki tangga ke-4 Kumpulan B di belakang pasukan Vietnam, Brunei, Timor-Leste manakala Kemboja menduduki tangga tercorot. Faktor keletihan boleh juga dijadikan sebab utama kerana Harimau Muda B juga bermain untuk Liga Perdana Malaysia 2012.
Sumber Logo : Google Search
Keputusan perlawanan yang melibatkan Harimau Muda B dalam Piala Sultan Hassanal Bolkiah 2012 adalah seperti di bawah.
Sumber Keputusan : Wikipedia
Jika dilihat dari segi positif
Harimau Muda B menjadikan Piala Sultan Hassanal Bolkiah 2012 sebagai medan menimba pengalaman bermain dengan pasukan terkuat di Asia Tenggara. Pendedahan sebegini adalah baik untuk meningkatkan prestasi bolasepak sekaligus membentuk pelapis-pelapis generasi baru yang akan menaikkan nama Malaysia di mata dunia.
Tahniah kepada FAM kerana berfikiran jauh membentuk generasi pelapis untuk memartabatkan sukan bolasepak di mata dunia. Tahniah sekali lagi daripada Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: HARIMAU MUDA B DALAM PIALA SULTAN HASSANAL BOLKIAH 2012
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/harimau-muda-b-dalam-piala-sultan.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5