HARGA PETROL NAIK - BERSEDIALAH UNTUK MENGHADAPINYA

Posted by Benjy Bloggerman Sabtu, 31 Mac 2012 0 comments
Harga petrol naik akan melanda Malaysia tidak lama lagi, apa yang penting kita perlu bersedia untuk menghadapinya. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Benjy rasa semua sudah membaca di suratkhabar dan menonton berita melalui TV bahawa beberapa negara di Asia dan Eropah telah menaikkan harga petrol di dalam pasaran mereka. Maklumat tidak rasmi yang Benjy perolehi daripada http://www.oil-price.net/ mendapati harga minyak mentah dipasaran dunia adalah USD 102.93 setong hari ini dan secara logiknya jika minyak mentah ini diproses menjadi petrol maka berlipat kali gandalah harga  seliter petrol.

Gambar Terjumpa Di Google Search

Secara matematik, jika kita menukar nilai USD 102.93 kepada RM ia akan menjadi RM 314.96. Jika kita mencari persamaan 1 tong dengan kiraan liter ia bersamaan 159 liter. Maka harga seliter minyak mentah adalah RM 1.98 tetapi itu adalah minyak mentah bukan minyak yang telah diproses menjadi Petrol. Kini rata-rata minyak petrol RON 95 di Malaysia didagangkan dengan harga RM 1.90 seliter kira cukup murah berbanding minyak mentah. Benjy tidak tahu secara tepat berapakah subsidi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk mengimbangi harga ini agar rakyat tidak terbeban. Baru sekejap tadi melihat Buletin Utama 31/3/2012 memaklumkan harga petrol di Jerman hampir mencecah RM 7.00 seliter dan di Indonesia pula berlaku ketegangan kerana kerajaan mereka mengumumkan akan menaikkan 30% harga petrol daripada harga asal.

Benjy terpanggil menulis entry ini kerana percaya lambat laun harga petrol akan naik juga dan ia tidak dapat dielakkan bukan hari ini tetapi beberapa bulan atau beberapa tahun akan datang. Benjy juga tidak pasti berapa lama kerajaan Malaysia boleh mengimbangi harga petrol ini. Ada juga desar desur mengatakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 harga petrol akan naik dan yang pastinya Benjy tidak terkejut jika ia berlaku. Adakah mendesak kerajaan untuk memberikan subsidi akan menyelesaikan masalah ini ? Jika anda tanya Benjy, Benjy akan mengatakan 'Tidak' ! Mungkin 'Ya' untuk jangka masa pendek tetapi untuk tempoh masa yang panjang kerana, akan berlaku lain-lain implikasi ke atas ekonomi Malaysia.

Pada Benjy cara terbaik untuk melawan arus ini adalah dengan memilih kerajaan yang baru .. ha..ha..ha..ha..! sebenarnya Benjy bergurau je, ini bukan ceramah politik tau cuma menukar suasana cerita daripada serius kepada lawak politik .. he..he..he.. Sebenarnya Benjy adalah pengundi 'di atas pagar' beb, tidak menyebelahi mana-mana pihak. Baiklah, sebenarnya bagi pendapat Benjy sudah sampai masanya kita mencari sumber alternatif yang lain, mungkin pengunaan NGV adalah paling sesuai mengantikan sumber petrol tersebut. Jika dilihat harga Gas Asli dunia (sumber http://www.oil-price.net/), ia didagangkan pada harga USD 2.12 setong iaitu kira-kira RM 6.48 setong. Jika ini betul, harganya jauh lebih murah beb dan kenapa kita tidak beralih kepada sumber yang lebih menjimatkan ini.

Kesimpulannya, wahai rakyat Malaysia yang bijak lagi berbudi bahasa, bersopan santun lagi bertimbang rasa, hormat-menghormati dan bersatu padu, apa kata kita pakat-pakat menggunakan NGV untuk kenderaan kita. Kerana pada hemat Benjy yang tidak bijak ini, hanya cara ini sahajalah yang dapat menyelesaikan masalah kemurungan harga petrol naik di kalangan rakyat Malaysia. Benjy juga telah memasukkan bajet memasang sistem NGV pada kenderaan Benjy bagi tempoh 3 tahun dalam rancangan kewangan keluarga dan Benjy menjangkakan ia akan diluluskan oleh Mentri Kewangan (Isteri Benjy) sebelum akhir tahun 2012 ini. "Kenaikan harga petrol adalah bencana alam yang tidak boleh dielakkan" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: HARGA PETROL NAIK - BERSEDIALAH UNTUK MENGHADAPINYA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/harga-petrol-naik-bersedialah-untuk.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.