HALA TUJU LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) YANG KURANG CEMERLANG

Posted by Benjy Bloggerman Khamis, 22 Mac 2012 0 comments
Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ke manakah hala tuju anda selepas ini ? Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan, pembaca terutamanya para lepasan SPM semua. Bagi yang mencapai keputusan cemerlang rasanaya ia agak mudah kerana kekuatan cemerlang itu membuka banyak ruang kepadanya. Ke mana sahaja permohonan yang dihantar pasti kabar positif yang didengar. Bagaimana pula yang kurang cemerlang ? adakah anda rasa anda sudah tewas dalam perjuangan hidup ? Rileks dulu Broo ... sebenarnya perjuangan anda baru bermula percayalah.

Sumber Gambar : Google Search

Wahai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang cemerlang, pernahkah anda terbaca kisah Thomas Alva Edison ? Siapakah beliau ? Bagi yang masih tidak kenal Thomas Edison beliau adalah pencipta agung. Beliau berjaya mencipta mentol elektrik selepas 1000 kali percubaan. Kalau Benjylah yang buat experiment tu, rasanya 10 kali pun dah cukup terus putus asa. Benjy bukan nak cerita pasal experiment Thomas Edison tu tetapi tahukah anda apakah kelulusan akademik beliau ? University Of London ? Cambridge University ? maaf, kalau ikut taraf pendidikan di Malaysia beliau tak lepas pun SPM.

Sebenarnya Benjy ingin memberi anda motivasi bahawa bukan semua orang yang cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan cemerlang di hujung kehidupan mereka dan bukan semua orang yang kurang cemerlang SPM selamanya kurang cemerlang sepanjang hidupnya. Benjy juga bukan cemerlang dalam SPM, Benjy mengambil SPM pada tahun 1993 dan 1994 Benjy terpaksa mengambil peperiksaan BM kertas Julai sebab tidak kredit pada tahun 1993. Sekarang 2012, Benjy baru merasakan kehidupan Benjy berada di landasan terbaik selepas kurang cemerlang SPM selama 19 tahun lamanya.

Wahai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang cemerlang, bilakah universiti pertama di dunia di dirikan ? Mengiktu catatan tidak rasmi Wikipedia, university pertama ialah University of Bologna terletak di Bologna, Italy. Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1088 dan jika ini diambil kira bermaksud sebelum tahun 1088 tiada universiti di dunia ini. Cuba anda fikir secara logik, adakah orang yang mula-mula menubuhkan universiti tersebut mempunyai pendidikan PHd ? tentulah tidak sebab tiada universiti pun sebelum itu. Daripada cerita Benjy ini, adakah anda risau jika tidak masuk universiti ? Mungkin ada berkata itu zaman dulu-dulu sekarang tidak lagi. Jika itu jawapan anda secara peribadi Benjy hanya memberi anda markah 50% sahaja.

Benjy nak tanya satu soalan, apa matlamat anda nak belajar tinggi-tinggi sampai PHd ? Jika jawapan anda ingin menjadi tauke atau bos seperti Mr. Yong, Managing Director Padini Holding Berhad, nampaknya anda membuang masa belajar sehingga ke PHd ? Jika matlamat anda ingin menjadi penyelidik, pensyarah, CEO yang makan gaji, anda berada dilandasan yang betul. Wahai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) janganlah hanya mengikut rakan-rakan anda tetapi tentukan matlamat anda agar anda tidak membuang masa 19 tahun barulah berada di permulaan landasan yang betul seperti mana Benjy. 

Ingatlah nasihat ini bahawa, sektor awam dan sektor swasta berbeza kehendak mereka. Menjadi tauke sendiri dan makan gaji berbeza keperluannya. Menjadi seorang seni dan blogger juga berbeza kehendaknya. Apa yang penting lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini hanya baru permulaan, didepan sana masih ada peluang 90% untuk berjaya. "Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza. 
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: HALA TUJU LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) YANG KURANG CEMERLANG
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/hala-tuju-lepasan-sijil-pelajaran.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.