FORMULA 1 [F1] 2012 - RAMALAN JUARA DI LITAR SEPANG, KL, MALAYSIA
Sabtu, 24 Mac 2012
0
comments
Perlumbaan ke-2 Formula 1 [F1] 2012 kembali menghangatkan Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur, Malaysia. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan peminat F1 semua. Selepas kejayaan pemandu Jenson Button daripada pasukan Mclaren-Mercedes di Litar Albert Park, Melbourne, Australia, agaknya siapakah yang bakal dinobatkan juara di Litar Sepang. Jika dilihat juara 2011 ia adalah kepunyaan Sebastian Vettel daripada pasukan Red Bull Racing - Renault. Mampukan Sebastian Vettel mengekalkan kejuaraan tersebut atau Jenson Button sekali lagi menunjukkan kemahirannya untuk menjualang trophy tersebut.

Sumber Logo : Google Search
Analisis perlumbaan latihan dan kelayakan Formula 1 [F1] 2012 di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur, Malaysia menunjukkan, semua pelumba mempunyai peluang untuk menang. Di bawah adalah analisis dan ramalan peribadi Benjy menjelang perlumbaan sebenar pada 25 Mac 2012.
Analisis Peribadi Benjy
L1 L2 L3 K
Lewis Hamilton - 1 - 1 - 9 - 1
Sebastian Vettel - 2 - 10 - 2 - 6
Nico Rosberg - 3 - 4 - 1 - 8
Michael Schummacher - 4 - 2 - 8 - 3
Jenson Button - 9 - 3 - 6 - 2
Mark Webber - 6 - 7 - 3 - 4
Analisis peribadi Benjy menunjukkan Lewis Hamilton agak konsisten berbanding lain-lain pelumba walaupun di latihan ke-3 dia tercicir di tangga ke-9. Sehubungan dengan itu juga, Benjy secara peribadi juga mengatakan bahawa Lewis Hamilton dan Jenson Button akan bersaing merebut juara Formula 1 [F1] 2012 di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur, Malaysia. Namun ini hanyalah ramalan peribadi sahaja kerana suasana perlumbaan sebenar dengan sesi kelayakan dan latihan adalah berbeza. Tekanaan masa perlumbaan sebenar tidak sama dengan kelayakan dan latihan. "15 selekoh di Litar Sepang bukanlah semudah yang disangka" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: FORMULA 1 [F1] 2012 - RAMALAN JUARA DI LITAR SEPANG, KL, MALAYSIA
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/formula-1-f1-2012-ramalan-juara-di.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5