FORMULA 1 [F1] 2012 - FERNANDO ALONSO JUARA DI LITAR SEPANG, KL, MALAYSIA
Ahad, 25 Mac 2012
0
comments
Perlumbaan ke-2 Formula 1 [F1] 2012 di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur, Malaysia menyaksikan pemandu Ferrari Fernando Alonso daripada Sepanyol menjuarai perlumbaan yang penuh dengan dramatik. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan peminat F1 semua. Benjy menyifatkan perlumbaan kali ini sungguh dramatik dan penuh dengan kejutan berikutan hujan lebat yang memaksa perlumbaan dihentikan hampir 1 jam. Itulah sukan Formula 1, tidak semestinya pemandu yang berada dipetak pertama akan menjuarai perlumbaan kerana berbagai halangan yang tidak dijangkakan akan berlaku sehingga pusingan terakhir.

Sumber Logo : Google Search
Saingan Formula 1 [F1] 2012 di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur, Malaysia ini berubah corak apabila memasuki pusingan ke-9 di mana, 'Safety Car' memasuki litar menandakan keadaan litar berbahaya. Namun sehingga pusingan ke-10 'Racing Controller' mengarahkan perlumbaan dihentikan hampir 1 jam kerana hujan lebat. Selepas perlumbaan disambung semula pemandu Ferrari Fernando Alonso yang berada di petak ke-6 mengejutkan pasukan McLaren-Mercedes yang berada di petak pertama dan ke-2 apabila menguasai perlumbaan hingga ke pusingan terakhir.
Memasuki pusingan ke-48, perlumbaan merebut juara semakin sengit apabila pemandu Sauber-Ferrari Sergio Perez dari Mexico mencemaskan Fernando Alonso yang terlalu rapat mengejar dan juga mempunyai peluang untuk memintas. Walaubagaimana pun, memasuki pusingan ke-50 pemandu Sauber-Ferrari itu terlepas peluang memintas apabila terbabas sedikit di selekoh 14 membolehkan Fernando Alonso menjarakkan kedudukan sehinggalah tamat perlumbaan.
Sebelum ini Fernando Alonso yang juga juara dunia 2 kali pernah menjuarai perlumbaan Formula 1 [F1] di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2005 dan 2007, ini merupakan kemenangannya yang ke-3 di Litar Sepang. Selepas 2 perlumbaan Formula 1 [F1] 2012, kategori pemandu didahului oleh pemandu Ferrari Fernando Alonso dengan memungut 35 mata dan bagi kategori pengeluar pula masih diunguli pasukan McLaren-Mercedes dengan mengumpul 55 mata. Selepas ini para perlumba akan bersaing dalam perlumbaan ke-3 di Litar Shanghai, China pada 15 April 2012. "Perlumbaan Formula 1 [F1] 2012 di Litar Sepang memang menarik dan dramatik" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: FORMULA 1 [F1] 2012 - FERNANDO ALONSO JUARA DI LITAR SEPANG, KL, MALAYSIA
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/formula-1-f1-2012-fernando-alonso-juara.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5