ENTRY BLOG KE-70
Jumaat, 30 Mac 2012
0
comments
Entry blog benjyblogger[dot]com kini mencapai postnya yang ke-70. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Sebagai seorang blogger part time yang masih mentah nampaknya banyak lagi perkara yang perlu dipelajari oleh Benjy untuk maju dan sebaris dengan blogger-blogger yang hebat. Pendapat peribadi Benjy ada juga persamaan dengan pendapat blogger Md. Anif yang menyatakan menulis blog sebagai terapi pada diri seseorang. Secara peribadi juga Benjy dapat merasakan perubahan pada pemikiran Benjy sejak menulis blog setahun yang lalu. Post ke-70 ini tidak termasuk blog lama Benjy iaitu benjystanis[dot]co[dot]cc yang telah Benjy abaikan walaupun blog tersebut mempunyai kedudukan Alexa Ranking dan Google PR yang agak baik. Mungkin jika digabungkan kedua-duanya, banyak juga artikel yang telah Benjy hasilkan.
Sumber Logo : Google Search
Post yang ke-70 ini sekadar artikel penghargaan Benjy kepada sahabat-sahabat blogger yang mengenali Benjy dimana anda semualah yang banyak membantu Benjy secara langsung ataupun tidak dalam memberikan Benjy semangat untuk terus ber blogging. Benjy seperti juga blogger yang lain, tiada yang sungguh mengembirakan bagi seseorang blogger jika mendapat traffic yang beribu-ribu lemon singgah ke blog mereka. Namun blog Benjy ini masih mudah lagi belum sampai pun 2 bulan kewujudannya jadi adalah amat sukar mendapat traffic kerana masih kekurangan entry blog. Bagi mengelak Benjy kekeringan idea, Benjy merancang untuk memaparkan semula entry blog Benjy di benjystanis[dot]co[dot]cc ke dalam benjyblogger[dot]com secara berperingkat-peringkat. Selain itu ia juga dapat mengembalikan nastolgia lama Benjy.
Sekarang ini Benjy juga berusaha meningkatkan keupayaan SEO agar semua entry blog yang Benjy hasilkan tersenarai dalam page 1 hingga page 3 di engine carian google.com.my. Benjy merasakan cabaran ini adalah cabaran yang paling susah. Dengan menyertai cabaran SEO En. Titan 'the handsome boy' Benjy berharap skill SEO Benjy dapat ditingkatkan sedikit demi sedikit kerana, jika tiada cabaran seumpama ini mungkin Benjy berasa malas untuk menerokai ilmu SEO secara lebih mendalam. Benjy juga mengucapkan terima kasih kepada En. Zool, tuan punya ligakampung[dot]com yang menganjurkan peraduan SEO untuk kata kunci 'kraftangan dan aku' kerana ia juga membantu Benjy mendalami ilmu SEO. Walaupun entry blog hanya menduduki kedudukan ke-3 dibelakang Yastro dan Teh Ramuan, namun objektif utama adalah untuk belajar SEO.
Jika ada rezeki, Benjy juga akan menganjurkan contest blog bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara blogger, semoga diizinkan Nya kelak. Bentuk contest juga mungkin cabaran SEO keran pada pendapat Benjy ia sungguh menarik untuk diterokai. Walaupun wujud beberapa kekeliruan dalam google search engine bila menggunakan internet browser yang berlainan, tetapi ia bukanlah alasan untuk mengenepaikan contest cabaran SEO. Di harapkan sahabat blogger yang lain dapat memberi tunjuk ajar dan semangat kepada Benjy untuk terus menceburi diri dalam menghasilkan entry blog yang lebih bermutu dan mempunyai nilai-nilai positif. "Hendak seribu daya tak nak seribu dalih" kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: ENTRY BLOG KE-70
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/entry-blog-ke-70.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5