CARA MENYEMAK PENYATA BAKI PINJAMAN PTPTN SECARA ONLINE
Rabu, 14 Mac 2012
0
comments
Panduan Cara Menyemak Penyata Baki Pinjaman PTPTN Secara Online. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Bagi yang telah membuat pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), isu membayar balik pinjaman merupakan satu beban bagi graduan jika tidak merancangnya dengan betul. Sehubungan itu entry ini adalah bertujuan untuk mengingatkan anda balik tentang pinjaman anda. Pada masa yang sama, entry ini juga memberi anda panduan bagaimana menyemak baki pinjaman anda secara online, ianya mudah hanya dihujung jari.
Sumber Logo : Google Search
Bagi yang belum pernah menyemak penyata baki pinjaman PTPTN secara online, Benjy mensyorkan anda membaca e-book percuma panduan menyemak baki pinjaman dan cara membayarnya secara online. Untuk membaca e-book percuma tersebut sila klik di SINI. Seperti yang Benjy maklumkan tadi, entry ini selain daripada memberi panduan kepada anda ianya juga sebagai peringatan kepada anda supaya membayar balik pinjaman tersebut. Apa yang Benjy perhatikan, kebanyakan yang gagal membayar pinjaman tersebut kerana tidak mempunyai pekerjaan. Mungkinkah anda memilih pekerjaan ? Apa kata anda tengok senarai kerja kosong yang mungkin bersesuaian dengan anda di SINI.
Bagi yang sudah bekerja dan berjaya membayar pinjaman PTPTN mengikut jadual yang ditetapkan, anda juga kenalah beringat bahawa simpanan sedikit juga perlu dibuat untuk hal-hal kecemasan, bukan kita minta tetapi sebagai peringatan. Benjy juga suka berpesan jika sudah bekerja tu sekali sekala semaklah penyata KWSP anda. Bukan apa sekarang ni ramai majikan yang mengambil kesempatan membuat potongan di slip gaji tetapi tidak di KWSP. Untuk menyemak penyata KWSP anda secara online sila klik di SINI.
Benjy berharap, semoga entry ini dapat membantu anda sedikit ataupun dapat memotivasikan diri anda untuk terus membayar pinjaman PTPTN. Benjy juga percaya kata pepatah 'Berakit-rakit kehulu, Berenang-renang ketepian, Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senag kemudian'. Semoga entry ini dapat menjadikan anda dan juga diri Benjy seorang yang bijak menguruskan kewangan agar dapat menyesuaikan diri dengan inflasi yang semakin meningkat setiap tahun. Mungkin panduan pengurusan kewangan ini sesuai untuk anda, sila klik di SINI.
Panduan Cara Menyemak Penyata Baki Pinjaman PTPTN Secara Online ini disampaikan oleh Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: CARA MENYEMAK PENYATA BAKI PINJAMAN PTPTN SECARA ONLINE
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/cara-menyemak-penyata-baki-pinjaman.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5