CARA MENGURUSKAN DUIT ANDA BUKAN 'KEDEKUT TAHI HIDUNG MASIN' YER

Posted by Benjy Bloggerman Isnin, 5 Mac 2012 1 comments
Cara menguruskan duit anda mungkin agak ketat mungkin juga agak longar, ada yang kata disiplin kena kuat untuk menguruskan duit sendiri, mungki betul juga tu. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Ada orang berkata mengurus duit terlalu ketat adalah seorang kedekut ? betul ke tu ? Ada orang kata kedekut dan berjimat perkara yang sama ? Tak kisahlah apa pun istilahnya tetapi istilah 'kedekut tahi hidung masin' sampai sekarang Benjy tak tahu maksud sebenarnya. Benjy tak faham kenapa tahi hidung masin dikaitkan dengan kedekut, puas fikir 5-6 minit tadi tak juga dapat jawapannya. Mungkin anda boleh tolong Benjy memberikan jawapannya.

Gambar Terjumpa di Google Search

Anda ada cara menguruskan duit anda tak ? Apa ! jangan kedekut ? Ini bukan cerita kedekut yer, hari Ahad yang lepas semasa hendak pergi ke TESCO untuk memboroskan duit, tiba-tiba kereta tua Benjy yang berusia 12 tahun macam malu-malu nak hidup. Bila diamati betul-betul rasanya bateri dah nak weak dah ni. Last Benjy tukar bateri 2008 kira dah 4 tahu rupanya bateri tu. Setelah berdoa beberapa kali akhirnya cubaan menghidupkan enjin kereta berjaya. Bagi mengelak kereta Benjy mengalami nasib tak boleh hidup, sampai je TESCO Benjy parking tidak matikan enjin, lepas tu kunci pintu dan terus pergi membeli belah. Jangan kutuk yer ini idea Macgyver yang Benjy tonton dulu. Isteri Benjy biasalah gelang kepala je, tetapi lepas Benjy sound "pilih antara 2 nak beli bateri baru ke nak hidup enjin" isteri Benjy terus senyap kira Benjylah menang.

Sumber Gambar Macgyver : Google Search

Ini bukan tip kedekut tahi hidung masin tetapi tip cara menguruskan duit anda dengan bijak. Sebelum bagi tip anda jangan tiru tabiat Benjy di atas yer, jangan salahkan Benjy tetapi salahkan Macgyver. Ada dua tip asas yang ingin Benjy sampaikan disini tetapi kalau anda dah tahu kira anda boleh digelar 'kedekut tahi hidung masin' ..ha..ha..ha.. jangan emosional yer Benjy gurau je.

Tip pertama cara menguruskan duit anda ialah, beli barang yang perlu sahaja. Jika anda rasa menukar bateri kereta yang weak perlu sila beli tetapi kalau anda rasa tak perlu sebab ajaran sesat Macgyver tu boleh diguna pakai kira anda telah berjaya menguruskan duit anda dengan bijak dan penuh dengan sifat berjimat cermat. Benjy ada terbaca satu buku purba tertulis 'ketika Socrates berjalan-jalan di pasar Greek, dia amat kagum dengan peniaga dipasar itu kerana menjual banyak barang yang tidak diperlukan oleh dirinya'. Kira Socrates ni kedekut tahi hudung masin juga orangnya yer. Tetapi betul juga kata Socrates, selalunya Benjy akan membeli barang-barang tidak berfaedah bilah pergi ke pasar malam.

Tip kedua cara menguruskan duit anda ialah, tingkatkan pendapatan kalau boleh 5% setahun bagi counter back inflasi. Bagi Benjy cara ni susah sikit tetapi, kalau yang bekerja dalam sektor awam confirm setiap tahun ada kenaikan gaji tetapi yang kerja swasta kalau tiada untung disitulah tahap gaji anda. Mana yang kerja swasta tak naik-naik gaji tu sahlah tauke korang kategori 'kedekut tahi hidung masin'. Kalau ada pendapatan sampingan melalui blog, jualan dan lain-lain part time kira ok juga tu. Cara senang buat duit dengan blog sila klik SINI. Tetapi yang pastinya Macgyver tak tahu nak tambah income 5% setiap tahun dan walaupun cerita Macgyver dah lama tiada tetapi skil-skilnya masin ingat-ingat lagi sikit terutamanya bila bateri kereta weak.

Nak tanya ikhlas ni, korang faham ke maksud sebenar 'kedekut tahi hidung masin ni' ? tanya Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza. 
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: CARA MENGURUSKAN DUIT ANDA BUKAN 'KEDEKUT TAHI HIDUNG MASIN' YER
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/cara-menguruskan-duit-anda-bukan.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.