AYAT POWER, KATA-KATA DAN AYAT-AYAT CINTA

Posted by Benjy Bloggerman Rabu, 28 Mac 2012 0 comments
Ayat power mungkinkah sama ertinya dengan kata-kata dan ayat-ayat cinta. Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Pada satu ketika dulu semesa Benjy masih berajar dalam tingkatan 4 dan 5 boleh dikatakan Benjy ni kacak juga sikit-sikit cuma gedempol sedikit .. ha..ha..ha..ha.. Pada masa itu Benjy tidak mempunyai perasaan untuk mencari couple dengan mana-mana student wanita mungkin, perasaan kebudak-budakan Benjy masih menebal dalam diri. Masa tu Benjy masih gemar menonton kartun dan membaca majalah komik Juara Wira, Pedang Setiawan dan Lingkaran Terkunci. Pada masa tu minda masih berimaginasi menjadi hero-hero dalam komik tersebut sehingga tidak terlintas langsung mengorat mana-mana student wanita yang cun-cun dan gebu-gebu. Selepas sekolah Benjy banyak habiskan aktiviti di sebelah petang bermain bola sepak dengan rakan-rakan. Pada sebelah malam pula Benjy banyak habiskan masa bermain gitar dan melalak seorang-sorang dalam bilik. Boleh dikatakan bab-bab nak mengorat pompuan ni jauh panggang dari apilah katakan.

Sekadar Gambar Hiasan
Sumber : Google Search


Hendak dijadikan cerita, pada masa tu ramai kawan-kawan lelaki Benjy di sekolah sudah mula menunjukan skill mereka mengorat student-student wanita. Dan mereka ni berasa banga jika mempunyai couple dan aktiviti ringan-ringan mereka dengan couple mereka juga menjadi perbualan yang sungguh hangat dan mereka banga dengannya. Bagi Benjy perkara tersebut sudah menjadi lumrah bagi pelajar-pelajar yang sedang meningkat remaja. Pada satu hari Benjy terlihat pelajar dari sekolah sebelah couple berjalan berpegangan tangan, kira itu perkara biasa, namun apa yang Benjy tak boleh tahan nengok ialah yang student wanita tu perghh !! .. punyalah cun nak mampos. Kalau zaman-zaman tu ada rancangan realiti mesti dia boleh sangkut punya tetapi, boy dia alamak ... bukan nak mengutuk tetapi hakikat beb ... boy dia muka macam pecah rumah. Adakah fenomena ini boleh disifatkan sebagai ayat power atau wanita tu termakan kata-kata dan ayat-ayat cinta mamat tu ? No Comment !

Bagi kes di atas, tarikan semulajadi melalui deria mata ke atas kecantikan atau kekacakan seseorang telah diketepikan jauh sekali seperti 'pulau pandan jauh ketengah'. Ini jelas menunjukkan bahawa kasih sayang bukan bersifat luaran semata-mata tetapi melibatkan naluri hati dan perasaan. Sebenarnya pengajaran ataupun 'the moral of story' dalam entry ini sebenarnya ingin menyedarkan anda bahawa kecatikan dan kekacakan bukanlah senjata berkesan 100% untuk memikat seseorang tetapi kebanyakan kes ia adalah ciri-ciri yang mendahului segalanya. Entry ini juga ingin memberi motivasi kepada lelaki-lelaki dan wanita-wanita diluar sana yang merasa rendah diri kerana kekurangan paras dan rupa agar jangan mudah mengalah bila tidak didekati oleh orang lain.

Benjy ada tip yang sangat berguna untuk anda. Tahukan anda bahawa semua orang tidak sama dari segi menilai seseorang dan pemerhatian pada seseorang. Manusia sebenarnya mempunyai satu keunikan dimana cita rasa setiap orang adalah berbeza. Jika anda rasa anda kalah dengan situasi 'eye to eye contact' tidak berjaya, gunakanlah kaedah 'bayang-bayang' tetapi ada syaratnya, anda hendaklah jujur dalam permainan ini. Maksud jujur disini adalah, setiap luahan perasaan anda hendaklah jujur dan jangan hipokrit hanya untuk memikat seseorang kerana lama kelamaan jika tembelang sudah pecah, adalah sukar memulakan semua perhubungan dengan yang orang lain mungkin juga anda akan berputus asa.

Bagi golongan yang kurang rupa paras ingat formula ini, 'BB(SM) + AP(KKAA) = C', amacam senagkah formula tu. Formula penuhnya ialah 'Bayang-bayang (Sosial Media FB,TT, G+ dan lain-lain lagi) + Ayat Power (Kata-kata dan Ayat-ayat memikat) menghasilkan Cinta. Tak salah untuk anda mencubanya kerana sudah terbukti orang tua kahwin orang muda, orang muka pecah rumah kahwin yang lawa dan kacak. "Memang betul cinta tu buta beb .." kata Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
  
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: AYAT POWER, KATA-KATA DAN AYAT-AYAT CINTA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/03/ayat-power-kata-kata-dan-ayat-ayat.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.