VALENTINE'S DAY - PERLU KE ?
Rabu, 15 Februari 2012
0
comments
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Setiap tahun pada tarikh 14 Februari sambutan hari kekasih atau dikenali sebagai Valentine's Day disambut oleh kebanyakan orang di seluruh pelusuk dunia. Kebanyakan atikel Valentine's Day menceritakan, inilah hari yang cukup bermakna bagi sepasang kekasih merahikannya dengan memberi jambangan bunga, coklat, kad dan berbagai-bagai lagi cenderhati kepada kekasih masing-masing. Sebenarnya Benjy tak pernah ingat pun tarikh ini serta harinya, Benjy rasa Valentine's Day ni macam sama sahaja dengan hari-hari yang lain tak ada apa yang menarik tentangnya.
Gambar Terjumpa di Google Search
Benjy mempunyai falsafah diri yang percaya 'Setiap orang berbeza', sehubungan dengan itu Benjy juga percaya 'Setiap orang mempunyai pandangan mereka yang berbeza'. Bagi Benjy sambutan Valentine's Day tak perlu pun tak apa kerana sudah banyak sambutan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan sambutan hari kekasih ini. Banyak cerita-cerita yang Benjy dengar, mula-mula sambutan ini diraihkan biasa-biasa saja. Dalam beberapa jam ia bertukar menjadi 'ringan-ringan' dan beberap jam lepas itu bertukar menjadi 'panas-panas', keesokan harinya pula banyak cerita 'panas-panas' yang timbul gara-gara Valentine's Day ini.
Benjy rasa sambutan Valentine's Day ini tak perlu pun tak apa sebab, kita boleh menunjukkan rasa cinta kasih kita kepada pasangan pada hari lahirnya. Rasanya menunjukkan cinta kasih kita pada hari lahir pasangan lagi besar ertinya berbanding hari kekasih. Belikan kekasih hadian ambil gambar orang yang ita cintai memotong kek dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang baik-baik yang tidak menimbulkan unsur 'panas-panas'.
Kita juga boleh menunjukkan cinta kasih kita kepada pasangan semasa dia sakit. Masa inilah nak tahu adakah kekasih kita ini betul-betul mengambil berat tentang kita. Jika kekasih kita buat dono je itu tandanya dia memang 'tak boleh pakailah' sebab bila kita sihat senang je dia berjumpa kita dan bila kita sakit berbagai-bagai alasan 'lapok' yang dia bagi. Nampak sangat sambutan Valentine's Day ini tak ada pun tak apa betul tak ?
Sebenarnya tak perlu tunggu Valentine's Day atau satu-satu hari khas untuk menunjukkan perasaan cinta kasih kita kepada orang tersayang. Kita boleh lakukannya hari-hari pun boleh, seminggu sekali pun boleh asalkan ia tidak melebihi batas-batas biasa. Macam Benjy ni haa ... setiap hari Benjy cuba menunjukan sikap kasih sayang Benjy kepada blog Benjy ini dengan mengemaskini entry blog sekurang-kurangnya 1 hari 1 entry. Begitulah kuatnya cinta kasih kepada blog Benjy ini. Benjy percaya 'Setiap orang berbeza' dan anda juga berhak menentukan samaada Valentine's Day ini perlu atau tidak.
Sekadar pandangan Valentine's Day daripada Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: VALENTINE'S DAY - PERLU KE ?
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/valentines-day-perlu-ke.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5