• Nikmatilah panoramah indah di Kolam Air Panas Poring Ranau hanya 2 KM daripada Rumah Penginapan Nampasan.
***

SELEPAS DI MADU ISTERI PERTAMA BERGETAH KEMBALI

Posted by Benjy Bloggerman Rabu, 8 Februari 2012 0 comments
Kopi Power
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Ini adalah sebuah kisah benar yang berlaku pada diri Benjy. Kisah ini berlaku baru lagi, tidak sampai seminggu dan diharapkan ia menjadi teladan, iktibar dan pengajaran kepada bukan saja Benjy tetapi, rakan-rakan blogger dan pembaca semua. Beberapa hari yang lepas, Benjy telah berkahwin dengan seorang wanita yang cantik, agak pendiam, manis dipandang mata.
Photobucket
Walaupun dia masih baru dalam rumah tangga tetapi dia agak berpengetahuan sikit menguruskan rumah tangga. Bagi mengelak perselisihan faham dengan isteri pertama, Benjy terpaksa menyewa satu lagi rumah yang jauh sedikit daripada rumah isteri pertama.
Gambar Terjumpa di Google

Sebenarnya Benjy tidak berniat untuk berpoligami tetapi, itulah takdir, kita hanya merancang Tuhan yang menentukannya. Bagi Benjy mempunyai seorang isteri sudah mengcukupi, lagipun telah mempunyai anak. Secara logiknya tiada masalah antara Benjy dengan isteri pertama. Isteri pertama juga tidak pernah berlaku curang kepada Benjy. Semua makan minum Benjy dijaga dengan baik dan anak-anak diuruskan dengan sempurna. Ketika Benjy menyuarakan hasrat Benjy untuk berpoligami, isteri Benjy hanya mendiamkan diri. Dari riak wajahnya tidak nampak rasa marah, tidak juga nampak suka. Cuma sehari sebelum berkahwin dia berkata "Abang, apa yang kurang dengan ayang sekarang ni ?" Itulah soalan yang sukar Benjy jawab kerana tiada kekurangan yang ketara pada isteri Benjy, rupa ada, body masih nampak menarik cuma tidak bermekap sahaja sekarang.

Apabila Benjy menghantar kad jemputan kahwin kepada keluarga mertua isteri pertama, mereka hanya terkebil-kebil. Benjy melihat riak wajah mereka tenang. "Emm... kalau sudah jodoh, bapa tak boleh menghalang". Itulah kata-kata sporting daripada bapa mertua Benjy cuma ibu mertua je senyum-senyum macam dibuat-buat lalu beredar memasuki bilik. Memang kita tidak boleh menghalang jodoh dan ketentuan Tuhan.

Selepas berkahwin, Benjy banyak habiskan masa di rumah isteri muda. Masa banyak dihabiskan mengemas rumah, menyusun barang-barang, keluar makan bersama dan emm ... faham-faham sajalah sebagai suami isteri yang baru berkahwin tak kanlah itu pun Benjy nak cerita .... ha..ha..ha..ha. Ketika makan bersama di sebuah taman reakrasi, Benjy terkenang pula anak-anak apabila terpandang seorang ayah sedang mendukung anaknya. Entah tiba-tiba terkenang pula anak-anak dan isteri pertama. Timbul semacam rasa bersalah pula kepada mereka tu.

Keesokan harinya Benjy tak datang kerja, Benjy call manager kata Benjy MC. Benjy start kereta terus pergi ke rumah isteri pertama. Ketika tiba di hadapan rumah Benjy melihat anak-anak sedang bermain kejar-kejar dan mereka menjerit "bapa dah balik, yehh ! ..... bapa dah balik". Mereka berlari dan menerekam Benjy. "Emak kat mana ?" tanya Benjy kat mereka. "Ada di dalam tengah masak" Kata anak Benjy yang sulung. Benjy segera meluru masuk untuk berjumpa dengan isteri pertama. Kali ini Benjy akan meminta maaf kerana 3-4 hari tidak mengenjuk keluarga. Tiba-tiba "Laaa ... abang pula ... kenapa tak call nak balik ... ayang masak sikit je ni ... untuk ayang dan anak-anak je" Tiba-tiba isteri Benjy muncul di depan pintu dapur. Benjy terpaku, tidak terkata kerana selepas di madu, isteri pertama Benjy nampaknya sudah bermekap kembali dan bertambah jelita pula macam baru kahwin mula-mula dulu. Perghh ! ... dah bergetah kembali isteri Benjy ni, mana tidaknya Alexa Rangkin telah mencapai 160, 643 dan dalam tempoh 3 bulan PR dan naik ke angka 2. Itulah penangan isteri pertama Benjy http://www.benjystanis.co.cc. Walaupun hanya guna domain .co.cc ia berada diranking terbaik kurang dalam masa setahun (last update 8/2/2012).

Moral of the story : Sesiapa yang berniat nak berpoligami tu fikirlah dahulu, tak kan kita sampai hati nak kahwin satu lagi sedangkan isteri kita sentiasa di sisi di masa susah dan di masa senang kita. Tak kan bila dah senang nak pasang satu lagi.

Sekadar cerita Alexa Ranking dan Google Page Rank daripada Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza. 
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: SELEPAS DI MADU ISTERI PERTAMA BERGETAH KEMBALI
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/selepas-di-madu-isteri-pertama-bergetah.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.