SEGMEN : TOP MALAYSIA BLOGGER YANG INGIN SAYA JADIKAN BFF

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 14 Februari 2012 0 comments
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Ini percubaan last minute untuk menyertai segmen daripada Mama Murai harap-harap sempatlah serta. Tajuk sagmennya simple je 'SEGMEN : TOP MALAYSIA BLOGGER YANG INGIN SAYA JADIKAN BFF' senag betul tak ? Pada asalnya tertanya-tanya juga apa maksud BFF tu tetapi semasa terjah blog Hafizmohd baru tahu maksud BFF tu adalah 'Best Friend Forever'. Emm... malu pula nak pilih salah satu Top Blogger utuk dijadikan BFF ni ... maklumlah mereka tu siapa ? mereka dah terkenal, Benjy ni masih ingusan lagi dalam dunia blog.
Screen Shot daripada http://www.mamamurai [dot] com

Ketika rider balik kerja, Benjy tak der ingat lain dah ni mesti kena join ni segmen Mama Murai ni. Benjy bawa motor kelam kabut nak mampos, biasalah orang kata masa itu emas beb. Ketika melalui Subang Jaya jalan jem pula ... aduhhh !! ... ini jem gila maut punya ni. Kalau mat rempit yang banyak skill pun sure tak lepas punya. Mana tidak lorong ada 3 tetapi pemandu-pemandu budiman dah buat lorong hingga 5, pemandu-pemandu Malaysia memang boleh punya.

Benjy seluk poket nengok jam pada handphone Nokia "Alamak dah 6.30 pm lah yooo...". Benjy pun apa lagi celok mautlah. Tak lepas selit tengah Benjy selit kat atas rumput sebelah kiri. Benjy nengok mamat motor kat sebelah geleng kepala. Benjy peduli apa kang terlepas pula join segmen Mama Murai tu. 

Ketika melepasi kawasan sesak lebuhraya MPE depan Sunway Piramid, Benjy pun pecutlah motor  boleh tahan juga laju tu kira-kira anggaran 120 km/j jugalah rasanya. Kelajuan sebenar Benjy tak tahu sebab speedometer motorsikal Benjy dah rosak 5 bulan yang lepas. Bukan kedekut tak nak baiki tetapi harganya mahal sangat RM 30.00 bagi cable meter tu .... hahahaha (yerrlah mahal sangatlah tu). Dalam hati Benjy berkata "Kalau kena saman Pak Polisi, Benjy hantar je surat saman tu kat Mama Murai suruh dia bayar, siapa suruh dia buat segmen ni ... hahahaha".

Ketika tiba di Batu 9 Cheras hujan pula mula turun, panas je rasanya terpaksa parking tepi ambil baju hujan dalam bag galas. Baru je siap nak pakai handphone berbunyi "tut..tut..tut..tut.." (jangan kutuk yer biasalah hp bunyi stail lama). Bila nengok isteri call "Ya ayang ada apa ? ... apa ! beli ubat batuk anak-anak kat Cheras Batu 11 !". Mak i ... terpaksa cona jauh sikit pula ni ... aduhhh !! ... Tak apalah demi anak tersayang lautan api sanggup ku renang beb, dulu ayat tu untuk isteri sekarang ni untuk girlfriend Opss !... silap untuk anak ... hehehehe.

Sampai rumah 5 minit lagi jam 8.00 pm, Benjy terus mandi dan makan malam. Sesekali tersedak makan isteri pun perli "Aikk ! ... apasal kelam kabut makan tu ? macam tak makan 3 bulan je ... takkan lah abang telan je nasi tu tak kunyah ke ?" ... Perghhh !! ... ini Mama Murai punya pasallah ni. Lepas makan Benjy terus on PC tiba-tiba pula anak nak main game Nick Jr di internet. Oklah bagi chances lah kat diaorang ... hari ni kan hari kekasih ... masa nilah nak tunjuk cinta kasih Benjy pada anak. "Boleh setengah jam je tau" sound Benjy kepad anak Benjy. Isteri ? ... emm ... isteri biasalah layan FB dia dengan laptop.

Lepas je PC bertukar tangan, Benjy apa lagi taiplah habis-habisan entry ni sampai isteri Benjy sound "Kalau ia pun nak menaip tu pelan-pelanlah sikit ... kang tak pasal-pasal tercabut butang keyboard tu". Aduhh !! ... geramnya kena sound, Benjy bukan takut bini tak nak sound balik ... tetapi Benjy sayang kat isteri Benjy .... hahahahahaha. Tadaaaa ! .... dah siap pun entry untuk segmen ni .... nak tahu BFF Benjy ... lihatlah senarai link yang ada di sidebar blog Benjy ... mereka semua adalah BFF Benjy dan Benjy juga bercadang untuk menambahnya.

Apalah engkau ni ... pasal segmen ni engkau merempit Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.

 “Artikel ini ditaja secara rasminya oleh Mama Murai
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: SEGMEN : TOP MALAYSIA BLOGGER YANG INGIN SAYA JADIKAN BFF
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/segmen-top-malaysia-blogger-yang-ingin.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.