• Nikmatilah panoramah indah di Kolam Air Panas Poring Ranau hanya 2 KM daripada Rumah Penginapan Nampasan.
***

SAMBUTAN DINGIN KEPADA SKIM SARA 1 MALAYSIA

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 7 Februari 2012 0 comments
Salam sahabat ke blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Setakat 7 Februari 2012 iaitu 8 hari Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1 Malaysia) dilancarkan Benjy melihat sambutannya amat dingin. Daripada pemerahatian dan carian maklumat yang Benjy perolehi, rata-rata rakyat Malaysia masih kurang jelas dengan skim pelaburan ini. Memandangkan ia kurang dihebo-hebokan berbanding BR1M, mungkin itulah sebabnya mengapa skim pelaburan ini mendapat sambutan dingin daripada rakyat Malaysia.

Mengikut statistik Google Trends, kata kunci SARA 1 Malaysia merupakan carian tertinggi pengguna internet di Malaysia tetapi, pengguna internet tersebut hanya datangnya daripada Kuala Lumpur malah, tiada carian daripada lain-lain negeri di Malaysia. Pelik juga Benjy rasa, kalau SARA 1 Malaysia ini ditafsirkan sebagai satu prodak, nampaknya prodak ini tak laku dan tiada market di Malaysia. Kalau dibandingkan dengan goreng pisang rasanya, goreng pisang lagi mendapat sambutan yang hangat kerana Benjy melihat gerai Mak Cik dekat taman perumahan Benjy yang jual goreng pisang mesti habis sebelum jam 5.30 pm.

Sumber Gambar : Google Search

Bagi menghangatkan prodak SARA 1 Malaysia ini, Benjy ingin meneruskan promosi di entry ini agar lebih ramai rakyat Malaysia tahu akan pelaburan ini. Maklumat tentang pelaburan skim SARA 1 Malaysia adalah seperti berikut :

1. SARA 1 Malaysia adalah skim pelaburan di bawah Permodalan Nasional Berhad.

2. Pelaburan yang dibenarkan hanyalah RM 5,000 sahaja samaada, melalui tunai atau membuat pinjaman daripada bank-bank terpilih.

3. Bank-bank yang dibenarkan memberi pinjaman adalah Maybank, RHB, CIMB, dan BSN bermula 30 Jan 2012 selama setahun. Tiada sebab orang yang layak tidak memohon kerana BSN berada dihampir seluruh ceruk pekan-pekan di Malaysia.

4. Borang permohonan boleh diperolehi daripada kaunter bank atau boleh juga download borang permohonan skim SARA 1 Malaysia di SINI.


5. Bayaran pinjaman adalah kurang daripada RM 100.00 sebulan tetapi pulangan purata bulanan melebihi RM 100.00. Bagi Benjy ia satu peluang dan cerita menarik kerana selepas sahaja pinjaman skim SARA 1 Malaysia diluluskan, peminjam tidak perlu risau tentang bayaran balik. Bukan sahaja bayaran balik pinjaman terjamin, malah lebihan pulangan menjadi milik peminjam 100%.

6. Bagi yang melabur menggunakan wang sendiri nampaknya, lebatlah duit poket mereka. Mana tidaknya pulangan lebih RM 100 sebulan amat membantu meringankan beban perbelanjaan dapur.

7. Anda rasa tertarik dengan skim SARA 1 Malaysia ini ? bagus tetapi, adakah anda layak memohon ? Jika tidak pasti sila baca dulu syarat-syaratnya di bawah. Syarat-syarat ini juga tercatat di borang permohonan skim SARA 1 Malaysia.


Benjy rasa promosi percuma yang Benjy berikan ini sudah cukup untuk menghangatkan prodak SARA 1 Malaysia. Diharapkan skim SARA 1 Malaysia ini dapat disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya di luar bandar. Benjy rasa jika, banner skim SARA 1 Malaysia ini digantung di gerai Mak Cik menjual goreng pisang pasti, seminggu dua ia memberi impak dan akan hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan bagi meringgankan beban rakyat atau yang lebih tepat lagi golongan sasaran di Malaysia. Sekian, terima kasih

Malangnya skim SARA 1 Malaysia ini tidak layak untuk Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: SAMBUTAN DINGIN KEPADA SKIM SARA 1 MALAYSIA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/sambutan-dingin-kepada-skim-sara-1.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.