PESANAN KEPADA KFC MALAYSIA
Ahad, 12 Februari 2012
0
comments
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Selepas membaca, mendengar dan melihat rakaman video melibatkan pekerja KFC memukul pelanggan di i-City rasa secaman sesuatu kekurangan dan kelemahan disitu. Selain itu Benjy juga amat tertarik dengan perbincangan mengenai isu ini melalui Blog-PKE yang pada hemat Benjy amat bernas melalui tajuknya 'Pekerja KFC Kurang Ajar | Salah Siapa ?'. Bagi meneruskan perbincangan Blog-PKE, ada satu pesanan yang ingin Benjy sampaikan kepada pihak KFC Malaysia. Walaupun Benjy bukan pakar runding dalam hal ini tetapi berdasarkan pengalaman dan pengetahuan, mungkin ada satu dua pesanan yang boleh diguna pakai.
Gambar Terjumpa di Google Search
Video Sebelum Bergaduh
Video Semasa Bergaduh
Bila melihat rakaman tersebut, Benjy ingin bertanya satu soalan kepada pihak KFC Malaysia dan pembaca semua. Pada pendapat anda, adakah insiden dalam rakam video di atas akan berlaku lagi di masa akan datang ? Biarlah Benjy menjawab dahulu soalan ini. 'YA' insiden di atas pasti akan berlaku lagi di masa akan datang dan ia mewujudkan tangapan yang tidak baik kepada jenama KFC Malaysia di mata orang ramai. Insiden di atas memang kena dengan peribahasa 'Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. Benjy tidak menyalahkan sesiapa kerana lebih baik KFC Malaysia mencegah insiden seumpama ini di masa akan datang daripada menuding jari kepada mana-mana pihak. Di entry ini ada pesanan dan pandangan daripada Benjy untuk mencegah insiden seumpama ini daripada berlaku lagi.
Pesanan Pertama - KFC Malaysia hendaklah mengeluarkan satu arahan bertulis kalau tidak pun 'flow chart' bagaimana menangani/menguruskan pelanggan KFC yang kurang ajar, tidak sabar dan suka memaki-hamun pekerja KFC bila pesanan mereka lambat diberikan.
Pesanan Kedua - Arahan tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam silibus latihan 'On Job Training' (OJT) kepada staff-staff yang baru.
Pesanan Ketiga - 'Person in charge' (PIC) outlets hendaklah membacakan arahan tersebut sekurang-kurangnya seminggu sekali semasa briefing pagi dan mungkin juga hari-hari terutama outlets yang mempunyai pengunjung yang ramai. Dengan cara ini semua staff KFC Malaysia yang berada di front line akan sentiasa memahami arahan tersebut dan risiko yang akan dihadapai oleh mereka jika terlibat bergadung dengan pelanggan di dalam premise KFC.
Ini hanyalah pesanan biasa daripada Benjy dan tidak mendapat pandangan daripada pihak professional mahupun pakar perundangan. Walaupun ini hanyalah pandangan biasa, Benjy harap ada 'isi' di situ. Semoga pihak KFC Malaysia akan terus maju di masa akan datang kerana KFC adalah salah satu makanan kegemaran Benjy sejak mula-mula memakannya pada awal tahun 90an dahulu. Sekian, terima kasih.
Pesanan ikhlas daripada Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: PESANAN KEPADA KFC MALAYSIA
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/pesanan-kepada-kfc-malaysia.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5