• Nikmatilah panoramah indah di Kolam Air Panas Poring Ranau hanya 2 KM daripada Rumah Penginapan Nampasan.
***

PENTERJEMAHAN BAHASA DARIPADA BM KE BI

Posted by Benjy Bloggerman Isnin, 27 Februari 2012 0 comments
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Bagi seorang mahir menterjemahkan BM (Bahasa Melayu) ke BI (Bahasa Inggeris) ia menjadi satu kelebihan bukan sahaja dalam kerjaya tetapi juga dalam perniagaan. Bagi yang bekerja dalam sektor swasta, kebanyakan syarikat menggunakan English sebagai bahasa rasmi dan perantaraan mereka. Berbeza pula dengan sektor awam yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa seharian samada persuratan ataupun percakapan. Benarkah seorang yang tidak dapat menguasai English menyukarkan peningkatan kerjaya ke tahap yang lebih baik ? Benjy ingin berkongsi pengalaman Benjy dalam menterjemahkan BM ke BI di mana ia amat memberi kesan kepada pekerjaan Benjy sekarang.
Sumber Gambar Google Search
Bagi Benjy, mempelajari English merupakan sesuatu yang sungguh susah terutama dalam bidang penulisan. Semua juga bersetuju jika Benjy menjelaskan pengunaan Grammar dalam English amat menyukarkan jika dibandingkan tatabahasa dalam Bahasa Malaysia. Dari segi pertuturan, pengunaan broken English mungkin boleh diterima tetapi bila masuk penulisan, kita perlu menterjemahkan BM ke BI mengikut rules yang telah termaktub dalam English Grammar. 

OK, mari kita berbalik kepada soalan asal. Benarkah seorang yang tidak dapat menguasai English menyukarkan peningkatan kerjaya ke tahap yang lebih baik ? Bagi Benjy ia bergantung kepada sektor pekerjaan yang kita ceburi. Jika bekerja di dalam sektor awam mungkin, ia bukanlah satu halangan yang besar tetapi bila bekerja dalam sektor swasta, 80% syarikat di Malaysia menjadikan English sebagai bahasa rasmi mereka. Jadi hendak berjaya dalam sektor swasta perlulah menguasai English dengan sebaik-baiknya.

Beberapa bulan yang lepas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tembat Benjy mengarahkan Benjy membuat draft 'Guideline for Emergency Response Plan (ERP)' di tempat kerja agar menjadi panduan kepada semua staff apabila berlakunya kecemasan. Bagi Benjy membuat garis panduan bukanlah susah kerana sudah biasa dengan tugas sebegini semasa dalam perkhidmatan Tentera dahulu. Apabila ia perlu diterjemahkan daripada BM ke BI ia seakan-akan menjadi satu penghalang yang besar kepada Benjy. Bagi membuat draft garis panduan dalam Bahasa Malaysia Benjy boleh menyiapkannya dalam masa 2 hari tetapi mengambil masa seminggu untuk translate daripada BM ke BI.

Hari ini Benjy telah memajukan draft tersebut kepada Pengerusi tetapi Pengerusi mengarahkan Benjy menyemak Grammar garis panduan tersebut kepada seorang rakan sekerja Benjy yang agak mahir dalam English terlebih dahulu sebelum Pengerusi membuat semakan terakhir. Itu adalah hakikat yang perlu diterima oleh Benjy sekarang ini. Ini menunjukkan kerja yang boleh disiapkan oleh Benjy dalam masa 2-3 hari tetapi terpaksa mengambil masa sehingga 2 minggu sebelum dimajukan kepada pihak atasan.

Benjy tidak dapat menafikan bahawa penguasaan English amat penting dalam situasi pekerjaan Benjy sekarang. Benjy teringat ketika menghadiri Kursus Bahasa Inggeris pada tahun 2005 di mana ada seorang peserta cukup mahir dalam English, entah kenapa dia hadir kursus tersebut. Ketika dalam sesi perbincangan salah satu topik, peserta tersebut berkata "Sorry lah saya tiada idea mengenai topik ini, tetapi jika anda ada idea saya boleh tolong translate daripada BM ke English". Situasi Benjy berbeza pula, Benjy mempunyai banyak idea tetapi tidak dapat menterjemahkannya daripada BM ke BI


Benjy sedar masyarakat Malaysia yang kini mahir English juga pada satu ketika dahulu merangka dari A, B, C juga. Jadi tiada sebab ia menjadi penghalang ke Benjy dan kita semua mempelajari bahasa tersebut untuk kebaikan diri sendiri. Satu hari nanti, jika suda mahir English jangan pula lupa Bahasa Malaysia, sebuah bahasa yang indah dan tiada tandingannya di dunia. Ingatlah perbahasa "Jika suda berpijak ke bulan, jangan lupa rumput di Bumi".

Keupayaan menterjemahkan BM ke BI akan ditingkatkan oleh Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.  
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: PENTERJEMAHAN BAHASA DARIPADA BM KE BI
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/penterjemahan-bahasa-daripada-bm-ke-bi.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.