MALAYSIA VS JEPUN | KELAYAKAN OLIMPIK 2012

Posted by Benjy Bloggerman Rabu, 22 Februari 2012 0 comments
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. 22 Feb 2012 adalah perlawanan ke-5 kelayakan Olimpik 2012 Kumpulan C Zon Asia menyaksikan pertembungan menarik di mana, di Stadium Bukit Jalil pertembungan Malaysia vs Jepun manakala di Stadium Manaman, Bahrain melayan kunjungan Syria. Perlawanam Malaysia vs Jepun yang berlangsung pada jam 2100 waktu Malaysia berkesudahan dengan kemenangan ke atas pasukan 'Samurai Blue' dengan jaringan 4 - 0

Sumber Gambar : Google Search

Keseluruhan perlawanan menyaksikan pasukan Jepun menguasai sepenuhnya perlawanan. Jepun membuka jaringan pada minit ke-35 akibat kelekaan pertahanan Malaysia yang naik ke atas. Namun amukan Jepun tidak terhenti di situ apabila menanduk gol kedua melalui sepakan sudut pada minit ke-44. Pada separuh masa pertama Malaysia hanya dapat membuat satu percubaan tepat melalui penyerang Thamil Arasu tetapi dapat didakap kemas oleh penjaga gol pasukan Jepun.

Bersambung separuh masa kedua pertembungan Malaysia vs Jepun menyaksikan perlawanan yang berat sebelah apabila Jepun menguasai 80% bola di atas padang. Pada minit ke-54 Jepun melebarkan jaringan gol 3 - 0 dan melengkapkan kemenangan bergaya 4 - 0 hasil jaringan pada minit ke-60. Tidak banyak yang dapat dilakukan oleh pasukan Malaysia di mana hanya dapat menghasilkan satu percubaan tepat oleh Fakri Sharani namun, percubaan tersebut lemah dan dapat ditangkap kemas oleh penjaga gol Jepun.

Berikut adalah statistik percubaan kedua-dua pasukan :

Malaysia
- Percubaan Tepat [2]
- Percubaab Tersasar [2]
- Jarngan Gol [0]

Jepun
- Percubaan Tepat [10]
- Percubaan Tersasar [7]
- Jaringal Gol [4]

Keupayaan Khairul Fahmi Che Mat
- Menyelamatkan Percubaan Bahaya [5]
- Melepaskan Gol [4]

Perlawanan Malaysia vs Jepun ini menampakkan, Malaysia masih belum boleh bersaing di peringkat Asia lagi. Malaysia masih kekal menghuni pasukan tercorot tanpa sebarang mata selepas 5 perlawanan dalam Kumpulan C. Selain itu jumlah penonton yang hadir di Stadium Bukit Jalil untuk melihat pertembungan Malaysia vs Jepun ini telah merosot tetapi ia bukan disebabkan sokongan yang menurun tetapi perlawanan yang diadakan pada hari bekerja ini, membataskan kehadiran penyokong-penyokong yang lain. Diharapkan Malaysia dapat mengutip sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan terakhir Kumpulan C ketika bertemu Syria kelak.

Laporan berita perlawanan ke-5 Kelayakan Olimpik 2012 Kumpulan C antara Malaysia vs Jepun pada 22 Feb 2012 ini dilaporkan oleh Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.  
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: MALAYSIA VS JEPUN | KELAYAKAN OLIMPIK 2012
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/malaysia-vs-jepun-kelayakan-olimpik.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.