LIVERPOOL VS CARDIFF CITY | CARLING CUP FINAL 2012
Isnin, 27 Februari 2012
0
comments
Salam sahabat blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Liverpool juara Carling Cup 2012 English selepas menumpaskan Cardiff City menerusi sepakan penalti 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sepanjang tempoh 120 minit perlawanan. Liverpool vs Cardiff City perlawanan akhir Curling Cup 2012 amat mendebarkan sehinggalah penentuan sepakan penalti.
Sumber Gambar Google Search
Walaupun pasukan Liverpool menguasai permainan tetapi mereka dikejutkan jaringan awal Cardiff City pada minit ke-19 oleh Mansion dan separuh masa berakhir dengan Liverpool 0 vs Cardiff City 1. Bersambung babak kedua pasukan Liverpool bertali arus menyerang kubu Cardiff City sehingga menghasilkan gol pada minit ke-60 menerusi pertahanan mereka Skrtel ketika keadaan kelam kabut didepan kotak penalti Cardiff City. Perlawanan 90 minit berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Perlawana Liverpool vs Cardiff City semakin mencemaskan ketika permainan diheret ke masa tambahan. Pada minit ke-107 Kuyt yang baru dimasukkan menjaringan gol Liverpool menerusi rembatan yang mengelirukan namun Cardiff City tidak berputus asa menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-117 menerusi Turner dan tamat perlawanan 120 minit kedua-dua pasukan terikat seri 2-2.
Penentuan penalti nampaknya memihak kepada Liverpool 3-2 walaupun pada permulaannya Cardiff City mendahului jaringan penalti. Sepakan pertama dan kedua Steve Gerrard dan Charlies Adam gagal namun Kuyt, Downing dan Johnson menyelamatkan maruah Liverpool selepas Cardiff City gagal menjaringkan 3 sepakan penalti terakhir mereka. Bagi Benjy perlawanan Liverpool vs Cardiff City Carling Cup Akhir 2012 ini sungguh mendebarkan dan penuh dengan dramatik. Tahniah 'The Kop'
Berita bolasepak Final Carling Cup 2012 antara Liverpool vs Cardiff City ini dibawakan oleh Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: LIVERPOOL VS CARDIFF CITY | CARLING CUP FINAL 2012
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/liverpool-vs-cardiff-city-carling-cup.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5