KUANTITI MENU KFC TIADA STANDARD

Posted by Benjy Bloggerman Jumaat, 10 Februari 2012 0 comments
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Benjy adalah peminat makan segera KFC sejak mengenalinya pada tahun 80an melalui TV tetapi hanya dapat menikamatinya di awal 90an  selepas dibelanja makan oleh abang Benjy di Center Point KK. Ketika mula-mula makan dahulu punyalah best rasanya biasalah 1st time dapat makan, sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Kini Benjy tidak lagi 'sejahil' dulu malah menu-menu KFC ini sudah sebati dengan gegandang telinga Benjy.

Gambar Terjumpa di Google Search

Beberapa bulan yang lepas semasa makan KFC di sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras, Benjy baru perasan satu benda tentang hidangan KFC ini. Melihat pekerja KFC menyediakan hidangan kepada pelanggan di kaunter, baru Benjy terfikir satu benda. Sebenarnya benda ini sudah lama berlaku sejak Benjy mula-mula lagi mengenali KFC di tahun 80an dahulu. Benjy merasakan kuantiti setiap menu KFC tiada standard tertentu atau standard tetap dalam setiap hidangan yang mereka sajikan.

Sebagai pengguna bijak kita sentiasa meneliti kualiti, kuantiti dan tarikh luput sesuatu barang makanan yang kita beli. Jika tarikh luput sudah lepas kita tidak membelinya dan memaklumkan kepada pihak penjual. Bila membeli bahan-bahan mentah seperti ikan, daging, ayam, sayur dan lain-lain lagi pastinya kita akan melihat kualitinya yang segar. Begitu juga bila kita membeli bahan-bahan mentah ini, kita hanya membayar mengikut kuantiti yang kita kehendaki. Malangnya sebagai penguna bijak perkara diatas tidak berlaku bila kita membeli menu KFC.   


Mari kita lihat apa yang kita terlupa sebagai pengguna bijak jika berkunjung ke KFC. Harga Fun Fries regular RM 3.05 adakah anda tahu berapakah kuantiti gram bagi setiap hidangan Fun Fries tersebut. Apa yang Benjy perasan, pekerja KFC tak pernah timbang pun kuantitinya, mereka hanya menyedok dan masukkan ke dalam kota Fun Fries ada kalanya banyak ada kalanya sedikit tiada standard kuantiti yang tetap. Anda rasa rugi ke ? terpulang kepada anda, kerana anda dan Benjy adalah pengguna yang bijak.

Benjy bagi satu contoh lagi, tiga ketul ayam berharga RM 10.00 dan ketulan ayam yang dihidangkan kepada pelanggan tidak pernah di timbang pun. Kekadang Benjy melihat 1 peha, 1 kepak dan 1 bahagian dada ayam. Ada setengah pelanggan siap cakap kepak tak mahu dan bagi yang cool macam Benjy tak kisah apa bahagian ayam pun yang dia hidangkan Benjy ambil je. Bagi Benjy nilai hidangan 3 ketul ayam KFC berharga RM 10.00 itu kadang-kadang untung dan kadang-kadang rugi. Kekadang dapat kuantiti yang berat kekadang dapat kuantiti yang ringan. Banyak lagi contoh-contoh yang boleh kita ambil tetapi selagi tiada komplen daripada pelanggan-pelanggan KFC perkara ini akan berterusan sampai bila-bila tanpa di sedari.

Sekadar perkongsian pendapat dari Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KUANTITI MENU KFC TIADA STANDARD
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/kuantiti-menu-kfc-tiada-standard.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.