KEPUTUSAN PENUH KELAYAKAN THOMAS CUP 2012 SKUAD MALAYSIA
Ahad, 19 Februari 2012
0
comments
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Nampaknya kelayakan Thomas Cup 2012 yang bermula pada 13 Feb 2012 telah berakhir 19 Feb 2012 dengan menyaksikan pasukan Jepun mengunguli kelayakan Zon Asia selepas menumpaskan pasukan China dalam perlawanan akhir peringkat kelayakan dengan kemenangan 3-0. Ia adalah satu pencapaian diluar dugaan dalam sejarah Badminton Asia kerana pasukan China adalah pilihan utama dalam saingan kelayakan ini.
Sumber Gambar : Google Search
Kita lupakan kejayaan pasukan Jepun tersebut, kerana apa yang penting kita perlu melihat kembali pencapaian skuad Piala Thomas 2012 melibatkan pasukan Malaysia sepanjang kelayakan tersebut berlangsung. Sebelum itu mari kita melihat senarai nama pemain skuad Malaysia dalam ujian kelayakan ini.
1. Lee Chong Wei
2. Muhammad Hafiz Hashim
3. Daren Liew
4. Mohamad Arif Abdul Latif
5. V Shem
6. Koo Kien Keat
7. Tan Boon Heong
8. Hoon Thien How
9. Lim Khim Wah
10. Teo Kok Siang
Keputusan skuad Thomas Cup 2012 Malaysia dalam Kumpulan D adalah seperti berikut :
Malaysia vs Hong Kong (3-2)
Korea vs Malaysia (2-3)
Skuad Piala Thomas 2012 Malaysia menjuarai Kumpulan D. Keputusan pusingan kedua Thomas Cup 2012 Malaysia adalah seperti berikut :
India vs Malaysia (0-3) - Suku Akhir
Jepun vs Malaysia (3-0) - Separuh Akhir
Indonesia vs Malaysia (3-2) - Kedudukan 3/4
Pusingan Kelayakan Piala Thomas 2012 zon Asia berakhir dengan Malaysia menduduki tempat ke-4. Walau bagaimanapun Malaysia telah layak ke pusingan akhir Thomas Cup 2012 yang akan berlangsung di China bermula 20 - 27 May 2012. Diharapkan pasukan Malaysia dapat bermain dengan lebih baik kelak bagi mengulangi pencapaian Juara Piala Thomas kali terakhir pada edisi ke-17 tahun 1992. Diharap juga undian pusingan akhir nanti memihak kepada pasukan Malaysia.
Teruskan perjuangan demi Malaysia daripada Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEPUTUSAN PENUH KELAYAKAN THOMAS CUP 2012 SKUAD MALAYSIA
Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin menyalin, samaada sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/keputusan-penuh-kelayakan-thomas-cup.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Jongotai
Rating Blog 5 dari 5