KEKALAHAN MALAYSIA VS BAHRAIN PADA 5 FEB 2012 ADA UNSUR-UNSUR RAHSUAH

Posted by Benjy Bloggerman Khamis, 9 Februari 2012 0 comments
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Kekalahan 2 - 1  Malaysia vs Bahrain 5 Feb 2012 dalam kumpulan C kelayakan Olimpik Zon Asia menjadi persoalan banyak pihak terutama penyokong fanatik Harimau Muda. "Ahh ! .. aku tak puas hatilah broo ... mustahil Malaysia boleh kalah malam tu ... macam kena rahsuah saja mereka ni !". Itulah kata-kata kawan Benjy yang sungguh fanatik dan merupakan penyokong tegar Harimau Malaya. "Hei ... bro ... jangan tuduh-tuduh sembarangan ... pasukan Brazil yang hebat pun boleh kalah juga apatah lagi pasukan Malaysia". Benjy cuba nak 'cool down' kan rakan sekerja Benjy tu. Walaupun baru-baru ini bolasepak tanah air dilanda isu rahsuah namun, Benjy rasa kekalahan Malaysia di tangan Bahrain bukan disebabkan rahsuah.
Gambar Terjumpa di Google Search

Berikut adalah urutan jaringan perlawanan Malaysia vs Bahrain pada 5 Feb 2012 yang lalu :

1. Bahrain mendahului di hadapan dengan jaringan  Mohamed Tayed Al Alawi pada minit ke-25.

2. Malaysia menyamakan kedudukan di mana hantaran  Wan Zac Haikal Wan Noor disambar kemas oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-76.

3. Bahrain menjaringkan gol kemenangan 3 minit sebelum tamat permainan oleh  Hussain Farhan .

Pada pertemuan Malaysia vs Bahrain 5 Feb 2012 yang lepas, Benjy telah mengenal pasti kelemahan masih wujud dalam pertahanan Harimau Muda kerana bila dilihat kembali kedua-dua jaringan Bahrain tersebut bukanlah menarik sangat tetapi kelekaan seketika pertahanan pasukan Malaysia. Benjy juga agak kecewa kerana Ahmad Shakir gagal menjaringkan gol apabila mendapat peluang di saat-saat akhir separuh masa pertama walaupun hanya berhadapan 'one by one' dengan penjaga gol Bahrain. Bagi Benjy Malaysia belum mempunyai penyerang yang betul-betul berbisa untuk merobek benteng lawan.

Sesuatu yang Benjy perasan pada pertemuan Malaysia vs Bahrain 5 Feb 2012 yang lepas ialah, pemain-pemain tengah suka membuat hantaran tinggi ke dalam kotak penalti Bahrain sedangkan mereka tahu taktik sebegitu tidak akan mendatangkan hasil. Pada pendapat Benjy, Malaysia lebih sesuai dengan taktikal 'short passing', '1-2 passing' dan 'through pass' kerana Malaysia mempunyai pemain-pemain yang lincah dan pantas di barisan hadapan. Benjy harapkan perlawanan akan datang Malaysia lebih fokus dan dapat mengutip sebarang mata. 

Apa-apa pun, cukup sudahlah isu rahsuah dalam liga domestik, jangan ada lagi orang mengatakan kekalahan 1-2 Malaysia vs Bahrain pada 5 Feb 2012 yang lepas disebabkan rahsuah kerana, itu hanyalah satu tuduhan tidak berasas rakan sekerja Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: KEKALAHAN MALAYSIA VS BAHRAIN PADA 5 FEB 2012 ADA UNSUR-UNSUR RAHSUAH
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/kekalahan-malaysia-vs-bahrain-pada-5.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.