HENTIKAN LYNAS ATAU TERUSKAN LYNAS

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 28 Februari 2012 0 comments
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Benjy bukanlah nak jadi orang tengah dalam isu ini tetapi tidak tahu nak sokong mana, hentikan Lynas atau teruskan Lynas. Benjy rasa isu ini dah lama hangat diperkatakan oleh orang ramai. Ada yang kata "Hentikan Lynas !" ada juga yang kata "Teruskan Lynas !". Bagi yang nak hentikan projek ini mengatakan ia merupakan projek yang bahaya kerana menguruskan bahan radioaktif. Sementara bagi yang menyokong pula mengatakan projek tidak merbahaya kerana diuruskan secara profesional dan membuka banyak peluang pekerjaan. Nampaknya ada pro dan kon di situ. Di entry ini Benjy ingin memberi pandangan ringkas secara peribadi kedua-dua pro dan kon tersebut.

Gambar Terjumpa Di Google Search


Bagi Benjy ada baiknya juga jika projek Lynas ini dihentikan. Tetapi jika ia perlu dihentikan bukan sekarang masanya tetapi ketika traktor baru nak menyodok meratakan tanah Gebeng. Kini kawasan Gebeng sudah clear dan tinggal menunggu projek Lynas dibangunkan sahaja. Jika benar Lynas menguruskan bahan buangan yang mempunyai bahan radioaktif ia sesuatu cukup membimbangkan. Walaupun Lynas mempunyai sistem yang cukup canggih menguruskannya tetapi harus diingat yang menekan butang-butang suis mesin tersebut adalah seorang manusia. Orang berkata mustahil 'Human Error' tidak berlaku sepanjang tempoh pengurusan tersebut. Mungkin betul juga ia perlu dihentikan kerana sebarang kebocorang akan mengundang bahaya kepada masyarakat disekitarnya.

Itu bila orang ingin hentikan Lynas. Apa pula pendapat orang jika projek Lynas ini diteruskan. Perkara pertama yang Benjy fikirkan adalah keuntungan dalam negara kasar (KDNK). Apa KDNK tu ? Sebenarnya Benjy pun tak tahu apa kah benda KDNK tu. Yang pasti dengan adanya projek ini ia akan menyalurkan keuntungan kepada pendapatan negara. Selain tu peluang pekerjaan juga bertambah dan mengurangkan pengangguran. Benjy dapat bayangkan akan muncul gerai-gerai di sepanjang laluan ke Lynas kelak secara tidak langsung penduduk tempatan mendapat juga tempias sumber rezeki kelak. Rakyat Malaysia yang bekerja di Lynas dapat mempelajari teknologi baru yang mungkin automatik sepenuhnya. Bagi orang yang mendapat rezeki melalui projek ini secara langsung ataupun tidak pasti menyokong projek ini bermati-matian.


Jika orang tanya Benjy ? Benjy pun tidak tahu nak sokong mana. Namun apa yang Benjy harapkan biarlah perjuangan mereka yang melaungkan samaada "Hentikan Lynas" ataupun "Teruskan Lynas" memperjuangkan kepentingan rakyat bukan atas sebab politik semata-mata. Persoalannya hendak diteruskan atau tidak ? adakah ini sekadar isu politik atau tidak ? Benjy rasa anda diluar sana lebih memahaminya.

Apa yang pasti penulisan blog akan diteruskan juga oleh Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza. 
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: HENTIKAN LYNAS ATAU TERUSKAN LYNAS
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/hentikan-lynas-atau-teruskan-lynas.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.