CARUMAN KWSP YANG MENARIK DAN YANG SEDIH

Posted by Benjy Bloggerman Ahad, 5 Februari 2012 0 comments
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Rata-rata rakyat Malaysia kurang mengamalkan sikap menabung. Ini sering di kesan bila rata-rata orang mengatakan 'Duit gaji cukup-cukup makan sahaja, hujung bulan duit pun habis'. Bagi sesetengah orang mereka tidak menabung kerana berfikir, mereka sudah menyimpan melalui caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) sedangkan wang itu hanya boleh dikeluarkan dalam beberapa perkara sahaja. Mereka lupa bahawa bila berlaku kecemasan mereka tidak mempunya wang untuk digunakan segera maka, Along menjadi pilihan terakhir.

Sumber Gambar : Google Search

Disebabkan kemudahan KSWP, ramai rakyat Malaysia memilih pekerjaan di mana majikan membuat potongan KWSP. Walaupun mengikut akta ia adalah wajib namun, ada sesetengah majikan tidak mengendahkannya menyebabkan syarikat mereka hanya 'dihuni' oleh pekerja-pekerja asing. Kini KWSP telah dibuka kepada semua termasuk rakyat Malaysia yang bekerja sendiri. Diharapkan peluang ini tidak dilepaskan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Di atas adalah cerita yang menarik tentang KWSP tetapi ada cerita yang kurang menarik mengenainya. Beberapa bulan yang lalu ada rakan Benjy yang bekerja di sebuah Syarikat Kawalan Keselamatan mengadu kepada Benjy. "Saya check di kiosk KWSP, 3 bulan caruman saya tidak dimasukkanlah tetapi, bila lihat slip gaji ada ditolak" Itulah luahan kata-kata rakan Benjy. Sedih juga Benjy bila mendengarnya. Bagi Benjy ada 2 kemungkinan pertama - kesilapan daripada majikan dan kedua - kesilapan daripada KWSP.

Benjy juga suka menasihatkan rakan-rakan supaya rajin-rajinlah menyemak penyata KWSP kita dan apabila ada masalah kita boleh berhubung segera dengan pihak KWSP ataupun majikan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Kita tidak boleh mengangap caruman kita diurus dengan sempurna, walaupun KWSP kini mempunyai sistem yang canggih tetapi kita kena ingat bahawa, yang mengendalikan sistem tersebut adalah manusia, sesungguhnya manusia tidak boleh terlepas daripada melakukan kesilapan. Jangan bagi alasan tidak mempunyai masa untuk menyemak caruman KWSP kerana kita mempunyai banyak pilihan untuk menyemaknya. Kini kita boleh menyemak caruman KWSP melalui kaunter pejabat, kiosk KWSP dan melalui online.


Pesanan terakhir, sudahkan anda menyemak nama waris anda dalam KWSP ? Jika belum berbuatlah sekarang dan tukar jika perlu. Sila klik SINI untuk melihat lokasi smart kiosk KWSP. Klik SINI untuk panduan menggunakan kiosk KWSP dan SINI untuk cara-cara mendaftar secara online. Sekian, terima kasih.

Khidmat pesanan masyarakat ini disampaikan oleh Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: CARUMAN KWSP YANG MENARIK DAN YANG SEDIH
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/caruman-kwsp-yang-menarik-dan-yang.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada babab.net

Perjalanan Ku

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services
Active Search Results

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.