BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) | TIDAK DILULUSKAN

Posted by Benjy Bloggerman Selasa, 21 Februari 2012 0 comments
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Akhirnya persoalan tentang status permohonan BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) Benjy terjawab pada hari ini apabila mendapat surat jawapan daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Surat tersebut menyatakan "Dengan hormat dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan bertarikh 20/12/2011 tidak diluluskan kerana :" Itulah baris ayat yang amat mengejutkan Benjy kerana secara teori dan fizikal Benjy adalah layak 100%. Benjy faham pemohon masih boleh membuat rayuan di Mahkamah Antarabangsa namun Benjy amat kecewa sepatutnya ia tidak melalui proses sebegitu. Jom ! mari kita sama-sama review surat cinta tersebut.

Gambar Terjumpa di Google Search

Di bawah adalah surat daripada Kementerian Kewangan Malaysia ke atas permohonan BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) Benjy :


Surat itu memaklumkan bahawa permohonan Benjy tidak memenuhi syarat kelayakan. Jom kita lihat pula detail penuh maksud tersebut. (Tertulis dibelakang surat)

Berdasarkan syarat di atas, di bawah adalah ulasan penuh Benjy tentang syarat-syarat tersebut :

i. Benjy ada IC ori ... tak kanlah tiada direkod di JPN.
ii. Benjy bukan bujang/ibu tunggal/bapa tunggal.
iii. Kedua ibubapa Benjy sudah lama meninggal dunia.
iv. Benjy bukan bujang/ibu tunggal/bapa tunggal.
v. Selain mengisi maklumat lengkap di borang permohonan, Benjy juga melampirkan photostate IC dan Surat Beranak semua ahli keluarga Benjy.
vi. Isteri Benjy juga rakyat Malaysia dan ada IC ori ... tak kanlah tiada rekod di JPN. Benjy juga mendaftar perkahwinan di Jabatan Daerah Larut Matang dan Selama, Perak.
vii. Tidak pernah memohon kali kedua ini yang pertama kali.

Secara jujurnya kepercayaan Benjy kepada kejujuran pemberian BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) telah menurun sehingga 20%. Sepatutnya kerajaan hendaklah menyelesaikan masalah dalaman sebelum melaksanakan program ini. Namun apa yang memusykilkan Benjy ialah, cuba lihat surat muka depan, di atas nama BENJY BIN STANIS tertulis P104 N31 itu bermaksud kawasan Parlimen 104 (Hulu Langat) dan Kawasan Adun N31 (Tak pasti mana). Adakah bantuan ini pemberian ikhlas atau ada unsur-unsur politik disebaliknya. Walaupun talian hayat masih ada (sila klik SINI untuk mengetahui cara bantuan melalui talian hayat), tetapi surat ini menimbulkan keraguan yang munasabah.

Sekadar pandangan mengenai BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) daripada Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.  
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) | TIDAK DILULUSKAN
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/bantuan-rakyat-1malaysia-br1m-tidak.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Menarik Daripada Ping Busuk

Starting Point

Blog Benjy Blogger bermula secara rasminya pada 5 Feb 2012. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama Benjy di http://www.benjystanis.co.cc yang kini hanya tinggal kenangan, walaubagaimana pun anda masih boleh melayari blog tersebut. Blog Benjy Blogger bermula daripada 25,437,629 di Alexa Ranking dan Google PR 0. Terima kasih.
Trik SEO Terbaru support Online Fashion Store - Original design by Bamz | Copyright of Benjy Blogger.

Promosi Hosting

Cheap Dedicated Servers

Cheap Reseller Hosting Reviews
Complete directory of low cost web hosting plans offered by the best web hosts.

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Disclosure of My Blog

My name Benjy and this is my personal blog. Apart to generate profit from Ad, it is a medium for me to share opinion with different views of human life. Thank you for coming to my blog.