ANALISA PERTEMUAN MALAYSIA VS FILIPINA | PERSAHABATAN ANTARABANGSA 29 FEB 2012
Rabu, 29 Februari 2012
0
comments
Salam sahabat kepada blogger, rakan-rakan dan pembaca semua. Sebelum berlangsung perlawanan persahabatan bolasepak antarabangsa diantara Malaysia vs Filipina pada 29 Feb 2012 di Manila, Benjy ingin membuat analisa ringkas keupayaan kedua-dua pasukan sebelum sepak mula berlangsung. Analisa ini hanya bersifat peribadi dan tidak boleh dijadikan penilaian keseluruhan kedua-dua pasukan.
Sumber Gambar Google Search
Tiada rekod pertemuan Malaysia vs Filipina dalam tempoh setahun kebelakangan ini dan ia menyukarkan analisa terperinci dilakukan. Dari segi ranking FIFA, Filipina berada dalam kedudukan ke-156 manakala Malaysia di kedudukan ke-150 hanya dibezakan dengan 6 tangga sahaja. Graf ranking FIFA dibawah menunjukkan pasukan Filipina semakin baik manakala pasukan Malaysia semakin menurun.
Benjy menjangkakan pertemuan Malaysia vs Filipina seimbang walaupun dari segi status Juara Bertahan Piala AFF (Suzuki) dimiliki Malaysia. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan melihat 3 perlawanan kebelakang kedua-dua pasukan seperti dalam rekod FIFA di bawah.
Dari segi senarai pemain nampaknya Filipina mempunyai kelebihan sedikit kerana pemain-pemain mereka ada bermain di Eropah berbanding Malaysia. Senarai pemain kedua-dua pasukan yang harus diberi tumpuan adalah seperti berikut :
Malaysia
1. Khairul Fahmi Che Mat - GK (Kelantan)
2. Shafik Rahim - MC (Selangor)
3. Safee Sali - S (Pelita Jaya)
Filipina
1. Neil Etheridge - GK (Fulham)
2. Jason de Jong - MC (Bermain di Belanda)
3. James Yonghusband
4. Phil Yonghusband
Benjy merasakan pertemuan Malaysia vs Filipina di Manila adalah perlawanan sengit dan kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menang. Jika Malaysia menang 1-0 perlawanan ini ia akan melonjak kedudukan ranking FIFA Malaysia ke kedudukan yang lebih baik. Benjy menjangkakan Malaysia akan melonjak ke kedudukan ke-148 mengantikan kedudukan Singapura. Namun jika Malaysia seri 0-0 ia akan terus kekal di kedudukan ke-150. Diharapkan Malaysia tidak kalah kerana jika itu berlaku, Malaysia akan turun ke kedudukan ke-151 mungkin juga ke-152.
Ramalan Malaysia vs Filipina 2-1 daripada Benjy - Melihat sebuah kehidupan dari sudut yang sungguh berbeza.
Keputusan Penuh Perlawanan
MALAYSIA vs FILIPINA
1 1
Sakir Ali 90' Wolf 32'
*Jika mengikut perkiraan FIFA Malaysia jatuh 1 anak tangga ke kedudukan 151.
Keputusan Penuh Perlawanan
MALAYSIA vs FILIPINA
1 1
Sakir Ali 90' Wolf 32'
*Jika mengikut perkiraan FIFA Malaysia jatuh 1 anak tangga ke kedudukan 151.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: ANALISA PERTEMUAN MALAYSIA VS FILIPINA | PERSAHABATAN ANTARABANGSA 29 FEB 2012
Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://www.benjyblogger.com/2012/02/analisa-pertemuan-malaysia-vs-filipina.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Benjy Bloggerman
Rating Blog 5 dari 5





